Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahnya lelaki daripada 100 syarikat terkemuka, atau peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding 20 syarikat sehingga 31 Dis 2016.
Pada pelancaran Kod Bagi Tadbir Urusa Korporat Malaysia (MCCG) pada April tahun lepas, SC menetapkan sasaran tiada lagi semua ahli lembaga pengarah lelaki di 100 syarikat utama pada akhir 2018.
"Tujuh lagi syarikat itu ialah Affin Holdings Bhd, Alliance Bank Bhd, Batu Kawan Bhd, Fraser Neave Holdings Bhd, Genting Plantations Bhd, Genting Malaysia Bhd, dan UOA Development Bhd," kata SC dalam satu kenyataan hari ini.
SC dan 30 peratus Club Malaysia aktif terlibat dengan dengan syarikat-syarikat ini.
SC memahami bahawa sesetengah syarikat ini mengambil langkah untuk mengenal pasti calon yang sesuai bagi melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah mereka.
"Fraser Neave akan mencalonkan dua wanita untuk dilantik sebagai ahli lembaga pada mesyuarat agung tahunan mereka yang akan datang."
Bagi penempatan ahli lembaga pengarah, SC berkata sehingga 31 Dis, 2017, 19.2 peratus daripada kerusi lembaga pengarah di 100 syarikat teratas di Bursa Malaysia, dianggotai wanita, meningkat daripada 16.6 peratus pada 31 Dis 2016.
SC akan mengkaji dan menganalisis pendedahan tadbir urus korporat bagi memantau tahap pelaksanaannya, termasuk kepelbagaian jantina.
Pemantauan ini akan diterbitkan oleh SC menerusi laporan tematik tadbir urus korporat berkala, katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 21 2018

SC telah menetapkan sasaran tiada lagi semua ahli lembaga pengarah lelaki di 100 syarikat utama pada akhir 2018. - Gambar hiasan

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

7 syarikat masih mempunyai semua ahli lembaga pengarah lelaki - SC
Sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahnya lelaki daripada 100 syarikat terkemuka.