KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memfailkan draf prospektus untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan Pengasasnya, Lee Thiam Wah merancang untuk menawarkan sehingga 17% kepentingan atau 1.43 bilion saham.
Pendedahan prospektus yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga mencadangkan tebaran pegangan saham awam minimum sebanyak 15%, berbanding 25% biasa seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia.
1.43 bilion saham tersebut terdiri daripada 1.028 bilion saham sedia ada adalah untuk tawaran jualan dan terbitan awam 400 juta saham baharu.
Menurut draf berkenaan, tawaran pelabur institusi melibatkan 1.218 bilion saham, iaitu 14.5% daripada modal saham terbitan kumpulan yang diperbesarkan dan terdiri daripada 1.028 bilion saham sedia ada dan 190 juta saham baharu.
Penawaran bagi pelabur runcit pula melibatkan 210 juta saham baharu, mewakili 2.5% daripada modal saham kumpulan yang diperbesarkan, dengan 42 juta saham dikhaskan untuk kakitangan berkelayakan manakala 168 juta saham akan ditawarkan kepada orang awam Malaysia.
Draf prospektus itu tidak memberikan butiran harga IPO.
99 Speed Mart merancang untuk menggunakan hasil daripada IPO untuk menambah cawangannya, menubuhkan pusat pengedaran baharu, membeli trak penghantaran dan menaik taraf cawangan sedia ada.
Kumpulan itu juga akan memperuntukkan sebahagian daripada hasil untuk membayar balik pinjaman bank sedia ada.
“Matlamat kami adalah untuk terus mengembangkan kehadiran dengan sasaran 250 cawangan baharu setiap tahun, dan dalam jangka terdekat meningkatkan rangkaian cawangan kepada kira-kira 3,000 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2025,” katanya dalam draf itu.
Ia kini mengendalikan 2,542 di seluruh Malaysia dan 19 pusat pengedaran.
CIMB Investment Bank Bhd adalah penasihat prinsipal, pengurus bida tunggal, pengurus taja jamin tunggal dan penaja jamin untuk IPO berkenaan.
Setelah selesai IPO, Lee dijangka memiliki kepentingan langsung sehingga 28.2% dalam kumpulan, dan kepentingan tidak langsung sebanyak 51.5% melalui syarikat persendiriannya Lee LYG Holdings Sdn Bhd, dengan moratorium enam bulan ke atas pegangan saham. - Dagang News
Dagang News
Tue Mar 12 2024

99 Speed Mart merancang untuk menggunakan hasil daripada IPO untuk menambah cawangannya, menubuhkan pusat pengedaran baharu, membeli trak penghantaran dan menaik taraf cawangan sedia ada.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.

Saham 99 Speed Mart naik 12 peratus selepas IPO
Saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd naik 12 peratus di hari pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, hari ini.

99 Speed Mart bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memfailkan draf prospektus untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.