CHIANG MAI: Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA) menjangkakan perjalanan udara di rantau Asia Pasifik akan pulih sepenuhnya menjelang suku pertama 2024, kembali ke tahap sebelum pandemik 2019 di tengah-tengah cabaran global.
Ketua Pengarahnya Subhas Menon berkata rantau Asia-Pasifik akan terus pulih dengan pembukaan semula ekonomi dan perjalanan di China, yang menyumbang kepada 40 peratus perjalanan untuk rantau itu.
"Pada penghujung 2022, Asia Pasifik telah pulih kepada 47.5 peratus dari paras 2019 dan salah satu sebab utama untuk itu ialah pasaran China (penting) masih belum dibuka," katanya kepada media Malaysia selepas Panel Powerhouse: Forum Situasi Industri Penerbangan di Routes Asia CNX 2023 di sini semalam.
Namun begitu, Subhas berkata industri penerbangan perlu berusaha untuk menangani masalah yang berlarutan, terutamanya harga bahan api jet yang tinggi yang meningkatkan kos operasi syarikat penerbangan serta had dalam meletakkan lebih banyak penerbangan untuk memenuhi permintaan terpendam.
"Harga bahan api jet sangat tinggi, dengan perbezaan antara harga minyak mentah Brent dan harga bahan api jet biasanya antara 15 hingga 30 peratus tetapi kini ia meningkat lebih 80 peratus," katanya.
Tambahan pula, Subhas berkata bahawa trend inflasi, dengan dolar AS yang kukuh, telah menjejaskan banyak mata wang di rantau Asia-Pasifik yang lebih lemah pada masa ini.
"Keupayaan orang ramai untuk berbelanja juga akan terjejas tetapi kami optimis dengan berhati-hati bahawa industri penerbangan dan yang paling penting industri pelancongan akan terus berkembang dan kukuh pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Subhas juga berkata bahawa terdapat keperluan untuk penyelarasan antara kerajaan di rantau Asia Pasifik untuk bekerjasama dan bersepakat untuk meningkatkan lagi industri kembali ke tahap sebelum pandemik.
"Kita hanya melihat bahawa kerajaan telah memperkenalkan undang-undang dan peraturan untuk rakyat masing-masing dan tidak semuanya sesuai untuk perjalanan antarabangsa.
"Tambahan pula, Asean sudah mempunyai rangka kerja yang baik tetapi kita perlu mengembangkannya lagi," katanya, sambil menambah bahawa industri penerbangan Malaysia telah mencapai tahap yang baik sehingga kini dengan rangka kerja dan pengubahsuaian baharu.
Sementara itu, Pengarah Serantau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa Asia Pasifik Tao Ma berkata kerjasama antara semua pihak berkepentingan di rantau ini sebagai satu pasukan perlu diperkukuh untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.
"Kami juga perlu bekerjasama rapat dengan organisasi seperti AAPA, Majlis Lapangan Terbang Asia-Pasifik (ACI) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa untuk mengusahakan pemulihan industri penerbangan di rantau ini," katanya.
Ketua Pengarah ACI Stefano Baronci berkata perjanjian dua hala dan pelbagai hala perlu diperkukuh lagi untuk memudahkan proses perjalanan dari segi pendigitalan.
"Kami berharap kebanyakan lapangan terbang akan kembali meraih keuntungan tahun depan selepas mengalami kerugian pada 2022 akibat wabak itu," katanya.
Routes Asia - cetusan idea Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan penganjur The Routes - menyediakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan penerbangan di rantau ini bertemu, berkongsi amalan terbaik dan membangunkan strategi rangkaian serta memastikan pembangunan perkhidmatan udara masa hadapan di seluruh rantau Asia-Pasifik.
Dikenali sebelum ini sebagai New Route Asia, ia pertama kali diadakan pada 2003 di Kuala Lumpur dan diadakan di sana selama tiga tahun berturut-turut. Sedekad kemudian, MAHB menjadi tuan rumah bersama Routes Asia 2014 dengan Lembaga Pelancongan Sarawak di Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Persidangan bertajuk Panel Powerhouse: Forum Situasi Industri Penerbangan diadakan ketika Routes Asia CNX 2023 di Chiang Mai, 14 Feb 2023. - Foto Routesonline
Konflik Gaza: PBB beri amaran perbersihan etnik Gaza terhadap Trump
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Presiden Donald Trump untuk mengelakkan sebarang bentuk pembersihan etnik di Gaza.
'Cadangan Trump tidak boleh diterima' - Presiden Jerman
Presiden Jerman, Walter Steinmeier, pada Rabu menegaskan cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump unruk mengambil alih Gaza dan membangunkannya sebagai "Riviera Asia Barat", selepas memindahkan penduduk palestin ke tempat lain, adalah "tidak boleh diterima".
Trump belum putus hantar tentera AS ke Gaza
Presiden Donald Trump belum memutuskan untuk menempatkan tentera Amerika Syarikat di Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada cadangan pengambilalihan wilayah Palestin itu.
Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt, menjelaskan bahawa Trump percaya Amerika perlu terlibat dalam usaha membangunkan semula Gaza bagi memastikan kestabilan di rantau tersebut, tetapi tidak bermaksud tentera Amerika Syarikat akan dikerahkan ke sana.
Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt, menjelaskan bahawa Trump percaya Amerika perlu terlibat dalam usaha membangunkan semula Gaza bagi memastikan kestabilan di rantau tersebut, tetapi tidak bermaksud tentera Amerika Syarikat akan dikerahkan ke sana.
Cadangan Trump: EU, Kanada kekal pendirian terhadap Gaza
Gaza perlu menjadi komponen penting dalam pembentukan sebuah negara Palestin masa depan, kata jurucakap dasar luar Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu.
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
Trafik penumpang antarabangsa penerbangan Asia melonjak 161 peratus pada 2023 - AAPA
Pertumbuhan trafik penumpang antarabangsa yang menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan rantau Asia melonjak sebanyak 161 peratus pada 2023.
AAPA jangka perjalanan udara Asia Pasifik pulih sepenuhnya menjelang suku pertama 2024
Rantau Asia Pasifik dijangka terus pulih dengan pembukaan semula ekonomi China, yang menyumbang kepada 40 peratus perjalanannya.
Penyamaan PSC akan beri peluang adil kepada semua syarikat penerbangan - AAPA
Langkah itu akan memberi peluang kepada semua syarikat penerbangan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kompetitif kepada orang ramai.