KUCHING:Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion.
Dengan tema Memulihkan Ekonomi Ke Arah Masyarakat Berdaya Tahan, Prihatin dan Inklusif, belanjawan kali ini dijangka menghasilkan lebihan RM180 juta.
Ini memandangkan anggaran pendapatan negeri untuk tahun 2021 berjumlah RM10.012 bilion.
Pada pembentangan itu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan menyatakan hasil cukai berjumlah RM4.742 bilion atau 47 peratus daripada jumlah hasil tahun 2021.
Bagi hasil bukan cukai pula dianggarkan RM4.994 bilion, diikuti resit bukan hasil, RM16 juta selain pembayaran balik dana Persekutuan RM260. juta.
Selain itu, bagi tahun 2021 sejumlah rm9.832 bilion di bawah perbelanjaan biasa melibatkan perbelanjaan operasi RM3.832 bilion selain RM6 bilion untuk akaun dana pembangunan yang membiayai pelbagai program dan projek.
"Ini merupakan falsafah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meneruskan usaha membangunkan negeri ini dan memastikan tiada yang tertinggal.
"Setiap rakyat Sarawak tidak kira di mana mereka berada perlu menikmati pembangunan. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran saya membina persekitaran itu buat masyarakat," katanya.
Abang Johari menambah, Kerajaan GPS akan komited untuk menjaga dan melindungi Sarawak anasir jahat.
Astro Awani
Mon Nov 09 2020

Dengan tema Memulihkan Ekonomi Ke Arah Masyarakat Berdaya Tahan, Prihatin dan Inklusif, belanjawan kali ini dijangka menghasilkan lebihan RM180 juta. - Foto Bernama

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Belanjawan Sarawak: Bantuan buat pelajar IPT - Abang Johari
Bantuan khusus buat pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta akan diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2024, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lebihan hasil Belanjawan Sarawak 2021 tidak masuk akal - ADUN DAP
Belanjawan Sarawak 2021 yang dijangka menghasilkan lebihan RM180 juta disifatkan tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen.

Saya percaya ADUN Kota Sentosa ini keliru - Abang Johari
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyelar kenyataan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) yang dianggap tiada ketetapan berhubung peruntukan Belanjawan Sarawak 2021.

Abang Johari umum Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion.

COVID-19: Sidang DUN Sarawak dipendekkan, Belanjawan 2021 dibentang 9 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima dipendekkan kepada lima hari bermula 9 hingga 13 November 2020 ekoran peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Peruntukan RM9.8 bilion bagi Belanjawan Sarawak 2020
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM9.891 bilion bagi Belanjawan Negeri 2020.