KUALA LUMPUR: Kumpulan Berjaya Corporation Berhad (BCorp) milik taikun Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun hari ini, mengesahkan perletakan jawatan Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
Serentak dengan itu, BCorp mengumumkan pelantikan Vivienne Cheng Chi Fan dan Syed Ali Shahul Hameed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama syarikat, berkuat kuasa 1 April 2022.
Menurut BCorp, Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp serta semua jawatan lain dalam pelbagai lembaga syarikat yang berkaitan dengan BCorp berkuat kuasa 31 Mac 2022.
Pengasas dan Pengerusi BCorp, Tan mengucapkan terima kasih kepada Jalil atas khidmatnya dan mendoakan semoga berjaya dalam usaha baharunya.
Tan juga teruja dengan pelantikan baharu dan berkata, “Vivienne Cheng dan Syed Ali adalah veteran Berjaya dan bawa bersama mereka pengalaman luas yang tidak ternilai kepada Kumpulan BCorp.”
Menurut kenyataan BCorp, Syed Ali telah juga telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif BCorp.
''Kedua-dua mereka adalah veteran Kumpulan di mana Vivienne Cheng menyertai Berjaya pada 1989 (33 tahun) dan Syed Ali menyertai Berjaya pada 1997 (25 tahun).
''Vivienne Cheng telah menjadi Eksekutif Pengarah BCorp sejak 2005 dengan pengalaman korporat yang luas dalam bidang kewangan terutamanya pembiayaan projek, pembiayaan modal, penstrukturan semula hutang, tawaran awam permulaan, pengurusan risiko dan pengurusan tunai perbendaharaan kumpulan.
''Syed Ali adalah CEO Berjaya Land (BLand) yang terkini iaitu anak syarikat tersenarai BCorp dan akan melepaskan jawatan itu.
''Selama 25 tahun bersama Kumpulan, beliau telah bertanggungjawab untuk pembangunan beberapa tempatan utama dan projek antarabangsa termasuk Inter-Continental dan Sheraton Hotels di Hanoi serta projek Four Seasons dan Ritz-Carlton masing-masing di Kyoto dan Kuala Lumpur,'' kata kenyataan itu.
Pada masa yang sama, BLand turut mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahim Mohd Zin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BLand berkuat kuasa 1 April 2022.
Beliau adalah Akauntan Bertauliah dan Ahli Institut Akauntan Malaysia yang mempunyai 35 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang khususnya dalam perbankan, kewangan, minyak dan gas, perkapalan dan makanan dan minuman.
Beliau adalah kini Ketua Pegawai Eksekutif Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. dan Pengarah Eksekutif Berjaya Group Berhad, anak syarikat BCorp.
Selain itu, BLand juga mengumumkan perubahan kepada Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 1 April 2022.
Syed Ali dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi manakala Tan Tee Ming dilantik sebagai Pengarah Eksekutif. Oleh itu, Nerine Tan Sheik Ping akan mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif BLand.
Tan Tee Ming adalah Pengurus Besar Kanan Jualan dan Hartanah yang terbaharu dan dengan pengalaman lebih 20 tahun, beliau telah memegang pelbagai jawatan di beberapa bank swasta utama di Malaysia dan Singapura termasuk Citi Private Bank dan CIMB Bank.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Mar 21 2022

Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp serta semua jawatan lain dalam pelbagai lembaga syarikat yang berkaitan dengan BCorp berkuat kuasa 31 Mac 2022. - Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.

Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.

Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.

Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.

Perdana Menteri Serbia letak jawatan susulan protes besar-besaran
Perdana Menteri Serbia Milos Vucevic mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.

CEO Sonos letak jawatan
Pencarian CEO baharu telah dimulakan untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.