PERISIAN kreatif Affinity Photo, Affinity Designer, dan Affinity Publisher kini boleh digunakan percuma selama enam bulan.
Ini adalah usaha Affinity menarik pelanggan Adobe untuk mencuba perisian mereka yang mempunyai ciri-ciri sama seperti Photoshop, Illustrator dan InDesign.
Ketiga-tiga aplikasi boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang komitmen untuk membeli selepas tamat tempoh ujian.
Pengguna turut boleh mengakses tutorial dalam bentuk video secara percuma sepanjang tempoh ini. Promosi menarik ini boleh dinikmati pengguna di Windows, Mac dan iPad.
Sekiranya berpuas hati dengan pengalaman penggunaan, aplikasi boleh dibeli pada harga promosi RM399.99 selepas potongan harga 50%.
Penawaran menarik hadir ketika Adobe berhadapan siasatan DOJ kerana mengenakan denda ke atas pelanggan yang membatalkan langganan bulanan Creative Cloud.
Affinity baru sahaja diambil alih oleh Canva yang sudahpun mula memberikan impak ke atas Adobe kerana aplikasi web mereka turut boleh menawarkan ciri yang sama. -Amanz
Amanz
Tue Jul 09 2024

Ini adalah usaha Affinity untuk menarik pelanggan Adobe untuk mencuba perisian-perisian mereka yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Photoshop, Illustrator dan InDesign. -Amanz
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Affinity Photo, Designer dan Publisher boleh digunakan percuma selama 6 bulan
Ketiga-tiga aplikasi boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang komitmen untuk membeli selepas tamat tempoh ujian.