KUALA LUMPUR: AirAsia diumumkan sebagai rakan penerbangan rasmi bagi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) bagi memastikan akses dan hubungan yang lebih baik untuk para perwakilan dan peserta dari China serta negara-negara ASEAN yang lain.
Pengarah kanan bahagian perancangan strategik Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, berkata sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Selain AirAsia, Tourism Malaysia dan China Enterprises Chamber of Commerce in Malaysia juga merupakan rakan strategik terbaharu MCS 2024.
"Melalui perkongsian dengan majlis perniagaan dan dewan perniagaan yang berpengaruh, kami mengukuhkan keupayaan kolektif kami untuk memudahkan peluang perdagangan dan pelaburan.
"Penyertaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah rasmi secara strategik mengembangkan kebolehcapaian sidang kemuncak kepada khalayak yang lebih luas, mengukuhkan lagi impak kami," kata Raja Badrulnizam dalam ucapannya pada sesi 'MCS 2024: Networking Engagement Series in Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Beliau berkata MCS 2024 akan mewujudkan peluang besar yang boleh memanfaatkan potensi perdagangan dan pelaburan bernilai RM2 bilion.
Bertemakan, 'Prosperity Beyond 50', MCS 2024 meraikan hubungan yang telah terjalin lama antara Malaysia dan China di samping merancang ke arah kemakmuran ekonomi bersama pada masa depan.
Sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung dari 17 - 19 Disember 2024 di Malaysia international Trade and Exhibition Centre (MITEC) itu akan merangkumi Ekspo Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa selama tiga hari serta Persidangan Kepimpinan selama dua hari dan dijangka menarik 500 pempamer dan 10,000 perwakilan dari Malaysia, China dan negara-negara ASEAN.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Paul Caroll berkata syarikat penerbangan itu melihat kerjasama tersebut sebagai perkongsian strategik, memandangkan pengembangan berterusan AirAsia di seluruh rantau ini.
"Kami mengendalikan perkhidmatan penerbangan terus ke 16 destinasi dari Malaysia ke China dalam Kumpulan AirAsia, termasuk laluan eksklusif.
"Dalam menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China, kami komited untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara melalui pelancongan dan seterusnya menyumbang kepada kedatangan lima juta pelancong China, seperti yang disasarkan oleh Tourism Malaysia tahun ini," katanya.
Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing yang terbesar di China, AirAsia akan menawarkan penerbangan eksklusif kepada peserta sidang kemuncak tersebut.
"Semua peserta MCS 2024 boleh membuat tempahan penerbangan mereka mulai sekarang hingga akhir Jun, melalui laman sesawang rasmi AirAsia atau aplikasi AirAsia MOVE.
"Sebagai tambahan, kod promosi (dengan diskaun 10 peratus) akan tersedia di laman sesawang MCS 2024 di www.malaysia-chinasummit.com.my," katanya sambil menambah promosi tersebut akan terpakai untuk tarikh perjalanan antara 9-20 Disember 2024.
Laluan promosi itu melibatkan penerbangan AirAsia ke bandar-bandar utama di Asia seperti Hong Kong, Hangzhou, Shenzhen, Guangzhou, Shanghai, Chengdu, Jakarta, Ho Chi Minh City, Singapura, Bangkok, Phnom Penh, Siem Reap, Sihanoukville, Vientiane dan Manila.
Selain itu, para perwakilan yang tiba di Kuala Lumpur boleh menggunakan AirAsia Ride sebagai pengangkutan di ibu kota, di samping menikmati tawaran hidangan Santan AirAsia dan barangan eksklusif di sidang kemuncak tersebut.
MCS 2024 dianjurkan secara kerjasama oleh MATRADE dan Qube Integrated (M) Sdn Bhd sebagai salah satu program utama untuk memperingati ulang tahun ke-50 Malaysia-China, yang disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Raja Badrulnizam (dua, kiri) menyertai gimik pelancaran ulang tahun ke-50 Malaysia-China di MITEC oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot (tiga, kiri) semalam. --fotoBERNAMA
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.