AirAsia Bhd hari ini meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memberi lebih keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2, daripada rancangan terhadap cadangan menyepadukan hab penerbangan tambang rendah itu dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah tersebut berkata MAHB juga tidak mengadakan rundingan yang sewajarnya dengan pihaknya atau AirAsia X, kedua-dua pengendali syarikat penerbangan terbesar itu menyumbang 97 peratus daripada keseluruhan aliran penumpang di klia2.
"Infrastruktur utama dan pelan berintensifkan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi mengintegrasikan KLIA dan klia2 perlu ditangguh, sebaliknya isu-isu lebih kritikal perlu diberi keutamaan oleh MAHB," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.
Beliau berkata MAHB perlu membelanjakan lebihan wang diperoleh daripada kutipan cukai lapangan terbang dengan memastikan kemudahan di klia2 mencapai standard yang sama seperti KLIA, membaik pulih landasan terbang dan kawasan apron yang tidak rata serta menyediakan lebih banyak ruang penumpang dan mengubah reka bentuk pintu masuk ntuk menaiki pesawat.
"Antara contoh penggunaan lebih berhemah daripada penambahan cukai lapangan terbang ialah menangani kesesakan penumpang di lapangan terbang di seluruh negara iaitu Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kerana kawasan daftar masuknya terlalu kecil untuk menampung pertambahan jumlah penumpang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu menyifatkan rancangan menyepadukan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh di KLIA dengan syarikat penerbangan tambang rendah di klia2 tersebut tidak membawa sebarang faedah.
"Dalam operasi kami jalankan selama 18 tahun, kami tidak menerima sebarang permintaan untuk penyepaduan perkhidmatan daripada syarikat penerbangan penuh, termasuk juga daripada syarikat penerbangan tambang rendah kami sendiri yang beroperasi di luar KLIA.
"Tiada sebarang potensi bagi penyepaduan untuk syarikat penerbangan, ia menunjukkan MAHB gagal untuk memahami. Ia juga mencerminkan MAHB tidak memahami sepenuhnya apa yang diperlukan syarikat penerbangan dan penumpang," katanya.
Beliau juga mendakwa bahawa perakuan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) terhadap konsep terminal bersepadu dan cadangan interlink itu, adalah justifikasi bahawa MAHB dan kenaikan cajnya adalah bukan untuk kepentingan penumpang tetapi lebih kepada Asas Aset Kawal Selia MAVCOM yang bertujuan untuk melindungi dan mengekalkan pendapatan MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

Tiada sebarang potensi bagi penyepaduan untuk syarikat peilnerbangan, ia menunjukkan MAHB gagal untuk memahami. - Gambar faila

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemegang saham AirAsia X lulus pengambilalihan kepentingan perniagaan penerbangan Capital A
Pemegang saham AirAsia X Bhd meluluskan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd dan AirAsia Bhd.

AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2
AirAsia Bhd hari ini meminta MAHB untuk memberi lebih keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2.

AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan
AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Trend melancong: Tanda ekonomi baik
Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.

AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Pelakon Neelofa dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan murah, AirAsia Bhd. Satu pencapaian hebat buat pelakon yang sinonim dengan jenama Naelofar Hijab yang berkembang pesat.

AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.

AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.

AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia
Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.

AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta
AirAsia Bhd memeterai perjanjian pajakan basah dengan PT Indonesia AirAsia Extra (IAAX) untuk memajak dua pesawat berbadan lebar Airbus A330 untuk US$12.9 juta (RM52.5 juta).