Syarikat penerbangan AirAsia menandatangani perjanjian pembelian enjin buatan CFM bernilai AS8.6 bilion (RM26 bilion) untuk kegunaan 100 pesawat Airbus A320 yang ditempah syarikat itu Disember lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Aireen Omar berkata, ia membabitkan 64 enjin LEAP-1A untuk pesawat A320 NEO.
''Selain itu ia melibatkan 36 lagi enjin CFM-56B bagi pesawat A320 CEO serta 14 lagi enjin simpanan jenis CFM-56B dan LEAP-1A.'' katanya selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian enjin sempena Pameran Udara Paris.
Pameran Udara Paris berlangsung dari 17 sehingga 23 Jun ini.
Pada pameran itu, AirAsia mengumumkan pembelian terbesar enjin apabila menempah 200 enjin LEAP-1A untuk digunakan pesawat Airbus A320 NEO.
Ia akan mula diserahkan secara berperingkat sehingga tahun 2026.
CFM adalah anak syarikat General Electrics (GE).
Ia juga merupakan syarikat usahasama 50-50 antara Snecma milik Safran Group dan GE.
Tambah Aireen, pihaknya gembira untuk menggunakan enjin LEAP dan CFM56 bagi melengkapkan pesawat AirAsia.
''Ini kerana CFM adalah antara elemen yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan pesat AirAsia dalam masa sedekad lalu dan akan terus menjalin kerjasama dengan CFM untuk menyokong program pengukuhan syarikat,'' ujarnya.
Sementara itu Naib Presiden Bahagian Jualan GE Aviation, Kevin Mcalister berkata, AirAsia membuat keputusan tepat apabila memilih untuk menggunakan enjin CFM yang mendapat keyakinan tinggi industri penerbangan seluruh dunia.
''Perkongsian penting bersama CFM dan pelanggan terbesar AirAsia ini merupakan perkongsian dan kerjasama yang sangat hebat,'' jelasnya.
AirAsia yang diiktiraf syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia dan syarikat penerbangan tambang murah terbaik Asia 5 tahun berturut-turut oleh Skytrax pada Pameran Udara Paris adalah pengguna terbesar pesawat A320 di rantau Asia Pasifik.
Mereka menggunakan 120 pesawat jenis itu dan 91 lagi masih dalam proses pembinaan.
Enjin baru kelak dilihat mampu menjimatkan bahan api sebanyak 15 peratus.
Ia turut menyumbang kepada pengurangan pembebasan karbon dioksida kepada ruang angkasa, selain kos penyelenggaraan rendah.
Wan Syamsul Amly
Wed Jun 19 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.