SEPANG: Cabang logistik AirAsia digital dan penyedia perkhidmatan kargo penuh, Teleport memperkukuh posisinya di rantau ini dengan menawarkan lima perkhidmatan kargo khusus.
Ia termasuk Teleport Charter, Teleport Priority, Teleport Pharma, Teleport Fresh dan Teleport Live.
Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz berkata, perkhidmatan tersebut akan memberikan pelanggan kemudahan dengan servis meluas, berkualiti tinggi dan memenuhi setiap keperluan penghantaran.
"Dengan pengenalan terhadap perkhidmatan kargo khusus ini, kami ingin menawarkan para pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan kargo khusus yang sepadan servis dan berkualiti tinggi secara konsisten.
"Selari dengan pelancaran perkhidmatan kargo khusus kami, Teleport mampu menawarkan hubungan yang lebih luas ke serata enam syarikat penerbangan di bawah AirAsia melalui rangkaian penumpang kami dan rangkaian kargo sahaja yang meliputi 130 destinasi.
"Kesemua rangkaian ini memperkukuh lagi pertumbuhan kami dan misi menghantar dengan lebih baik ke seluruh Asia Tenggara," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Pelancaran Perkhidmatan Kargo Khusus bersama media dekat Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2), di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, tambah Adrian, Teleport Charter merupakan perkhidmatan versatil yang boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan, manakala Teleport Priority memfokuskan penghantaran kargo penting dengan jaminan penerbangan.
"Selain itu, Teleport Pharma meliputi penghantaran barangan farmaseutikal dilengkapi pengawalan dan penjagaan suhu sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
"Teleport Fresh pula membolehkan pelanggan mengirim barangan mudah rosak tanpa masalah dan Teleport Live menawarkan penghantaran melibatkan haiwan hidup," katanya.
Katanya, Teleport kini mempunyai liputan meluas di serata Asia Tenggara dan lain-lain yang merangkumi lebih 130 bandar dengan akses ke-252 kapal terbang bagi kedua-dua penerbangan; kargo sahaja dan penumpang.
"Tambahan, dalam misi menjadi penyedia perkhidmatan kargo penuh, syarikat logistik kami menawarkan 1 Air Waybill (AWB).
"Ini bagi memastikan perhubungan tanpa masalah dalam menghantar kargo melalui beberapa pelabuhan dan penerbangan," jelasnya lagi.
Ehsan A Marisah
Tue Apr 12 2022

Perkhidmatan tersebut akan memberikan pelanggan kemudahan dengan servis meluas, berkualiti tinggi dan memenuhi setiap keperluan penghantaran - Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.