KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) merekodkan kerugian bersih berjumlah RM149.14 juta dan perolehan sebanyak RM99.27 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2021.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu menjelaskan pihaknya mengalami kesan penuh akibat pandemik COVID-19 pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Berikutan penggantungan operasi penerbangan berjadual pada April 2020 dan kebanyakan pesawat tidak beroperasi maka indikator prestasi untuk perniagaan adalah tidak signifikan, menurutnya.
AirAsia X menambah, pembentangan jadual metrik perolehan dan kos bagi suku tersebut juga tidak disertakan kerana tiada perbandingan yang setara bagi suku yang sama seperti pada 30 Sept, 2021.
"Seperti yang diumumkan pada 2 Dis, 2020 akhir tahun kewangan syarikat diubah dari 31 Dis, 2020 kepada 30 Jun, 2021.
"Oleh itu, tiada sebarang perbandingan maklumat kewangan yang tersedia bagi suku yang sama tahun lepas," menurutnya.
AirAsia X menjelaskan, pada suku semasa dan tempoh berakhir, tiada pendapatan faedah, pendapatan lain termasuk pendapatan pelaburan, perbelanjaan faedah, susut nilai dan pelunasan, peruntukan untuk dan hapus kira bagi boleh terima dan inventori, keuntungan atau kerugian daripada penjualan pelaburan atau hartanah yang disebut atau tidak disebut, susut nilai aset, keuntungan atau kerugian pertukaran asing, keuntungan atau kerugian ke atas derivatif dan/atau item luar biasa kecuali seperti yang dicatatkan sama ada dalam penyata pendapatan yang disatukan dan/atau nota bagi penyata kewangan tidak diaudit.
Mengenai prospek, pada 12 Nov, 2021 pihaknya telah mengadakan mesyuarat pemiutang (CCM) untuk mempertimbangkan cadangan penstrukturan semula hutang seperti yang dibentangkan dalam penyata penjelasan bertarikh 18 Okt, 2021, menurut AirAsia X.
Ia menambah, pada mesyuarat itu, cadangan penstrukturan semula hutang telah diluluskan oleh 100 peratus pemiutang Kelas A; 97.56 peratus pemiutang Kelas B dan 100 peratus pemiutang Kelas C yang hadir dan mengundi sama ada secara peribadi atau melalui proksi pada CCM itu.
"Memandangkan syarat majoriti yang diperlukan sebanyak 75 peratus bagi setiap pemiutang Kelas A, pemiutang Kelas B dan pemiutang Kelas C telah diperoleh pada CCM masing-masing, cadangan penstrukturan semula hutang telah diluluskan dengan sewajarnya oleh pemiutang skim, dan kini masih tertakluk kepada kebenaran Mahkamah Tinggi.
"Tertakluk kepada kebenaran oleh Mahkamah Tinggi bagi cadangan penstrukturan semula hutang itu, cadangan pengurangan modal dan langkah pengumpulan dana yang diluluskan oleh pemegang saham syarikat pada mesyuarat agung luar biasa yang diadakan pada 1 Jun, 2021 akan dimulakan," menurutnya.
Syarikat itu menambah, langkah mengumpul dana itu bertujuan mengumpul modal yang mencukupi untuk memulakan semula operasi apabila sempadan antarabangsa dibuka kembali dan menyediakan mudah tunai mencukupi untuk membolehkan syarikat memenuhi obligasi kewangannya.
"Perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan kepada Bursa Malaysia apabila ia berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Syarikat itu menjelaskan pihaknya mengalami kesan penuh akibat pandemik COVID-19 pada suku pertama tahun kewangan 2022. - Gambar fail/ Bernama
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.