AirAsia X Bhd dan Thai AirAsia X pada Sabtu mengumumkan Tehran sebagai destinasi terkini dalam rangkaian laluan kumpulan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bangkok secara terus ke ibu negara Iran itu.
Penerbangan terus ke Tehran dari Kuala Lumpur (klia2) dan Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang) akan beroperasi tiga kali seminggu dengan tarikh permulaan, masing-masing pada pada 21 Jun, 2016 dan 22 Jun, 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata Iran merupakan ekonomi besar serta berkembang dan Tehran bandar perniagaan yang hebat dan penarikan balik sekatan baru-baru ini membuka prospek baru yang menarik untuk Iran sebagai destinasi pelancong.
"Kami percaya penerbangan terus ke Tehran dari Kuala Lumpur yang diadakan semula ini tepat pada masanya dan kami menjangka penerbangan terus kami dari kedua-dua bandar Asean iaitu Kuala Lumpur dan Bangkok boleh meningkatkan hubungan dua hala di samping menggalakkan aktiviti perdagangan dan pelancongan antara bandar-bandar berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan Sabtu.
Sempena pelancaran laluan terbaharu ini, AirAsia X menawarkan tambang prosmosi termasuk semua dari serendah RM299 sehala bagi kelas ekonomi dan dari serendah RM999 sehala bagi Premium Flatbeds untuk penerbangan dari Kuala Lumpur.
Tambang promosi ini boleh didapati bagi tempahan dalam talian di airasia.com mulai sekarang hingga 29 Mei, 2016 bagi tempoh perjalanan mulai 21 Jun, 2016 berlepas dari Kuala Lumpur.
Bernama
Sun May 15 2016

Sempena pelancaran laluan terbaharu ini, AirAsia X menawarkan tambang promosi termasuk semua dari serendah RM299 sehala bagi kelas ekonomi dan dari serendah RM999 sehala bagi Premium Flatbeds untuk penerbangan dari Kuala Lumpur. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

AAX cadang tawaran 32.25 juta saham, sasar kumpul sehingga RM50 juta
Berdasarkan harga langganan, syarikat itu akan memperoleh hasil kasar kira-kira RM50.00 juta daripada cadangan tawaran itu.

AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.

AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.

AirAsia X terus ke Tehran dari Kuala Lumpur dan Bangkok
AirAsia X Bhd dan Thai AirAsia X hari ini mengumumkan Tehran sebagai destinasi terkini dalam rangkaian laluan kumpulan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bangkok secara terus ke ibu negara Iran itu.

Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly antara tujuh syarikat penerbangan tubuh AMAC
Syarikat pengasas persatuan ini terdiri daripada Malaysia Airlines Bhd, MASwings, Firefly, AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd, Malindo Air dan Berjaya Air.