PHNOM PENH: AirAsia yakin pihaknya mampu menangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, keyakinan itu berdasarkan keanjalan semula industri penerbangan pasca-COVID-19 walaupun tambang meningkat sehingga 25 peratus berdasarkan AS$110 setong bahan api pesawat.
"Bagi saya, satu-satunya kebimbangan ialah pandemik. Harga minyak dan mata wang, semua perkara itu kami boleh atasi.
"Seperti yang dibuktikan oleh (pandemik) COVID-19, fakta yang paling penting ialah orang suka melancong," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran AirAsia Cambodia, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, kajian American Express dan Visa menunjukkan bahawa perjalanan merupakan perbelanjaan utama.
"Kos dan tambang meningkat, (namun) permintaan masih kukuh. Jadi, saya percaya kami boleh menangani cabaran geopolitik terhadap kami kecuali peperangan tetapi Asean dan Asia adalah kawasan yang aman.
"Jadi, saya tidak melihat perkara itu sebagai satu isu. Minyak dan mata wang ialah dua faktor boleh ubah. Kedua-dua berada pada kadar tinggi tetapi, saya jangka harganya tidak meningkat terlalu tinggi," katanya.
Susulan itu, Fernandes berpandangan, tambang penerbangan akan kekal pada kadar semasa.
"Buat masa ini, kami melihat jenis kos tertinggi bagi kami, sama ada mata wang dan harga minyak. Jadi, saya berharap pada 2025 kos ini akan turun dan mungkin tambang juga turun sedikit," katanya.
Beliau berkata, keadaan dijangka bertambah baik apabila bank pusat mula mengurangkan kadar faedah.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan perang harga, beliau berkata, syarikat penerbangan telah mengambil iktibar bahawa situasi demikian hanya akan menjejaskan setiap peserta industri.
Justeru, beliau menjangkakan syarikat penerbangan lebih berdisiplin dalam perkara itu.
Bagi AirAsia Cambodia, beliau berkata, kumpulan syarikat penerbangan itu bersedia untuk pengembangan antarabangsa tidak lama lagi, merancang untuk menghubungkan laluan seperti China, India, Singapura dan Vietnam.
"Antaranya masalahnya...masalah 'baik', ialah kekurangan pesawat.
"Kini, kami mempunyai 22 destinasi di China. Itulah yang AirAsia Cambodia dapat terus," katanya.
AirAsia juga menawarkan penerbangan ke 15 destinasi di India.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group, Bo Lingam pula berkata, berdasarkan pelan lima tahun, pihaknya akan mempunyai 25 pesawat yang menyokong AirAsia Cambodia, bergantung kepada permintaan.
AirAsia bersedia untuk menghubungkan destinasi perjalanan udara di rantau ini selepas mengumumkan syarikat penerbangan yang ketujuh iaitu AirAsia Cambodia, menandakan langkah penting dalam landskap penerbangan Kemboja dan memperkukuh Asean sebagai hab penerbangan dinamik.
AirAsia Cambodia akan memulakan operasinya pada Khamis 2 Mei, 2024, selepas menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) pada Selasa.
Syarikat penerbangan itu akan beroperasi dengan dua pesawat Airbus A320 dari hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (PNH), menghubungkan para penumpang ke Siem Reap, Sihanoukville dan seterusnya melalui hab di Kuala Lumpur dan Bangkok.
Permulaan syarikat penerbangan baharu itu merupakan pencapaian penting bagi AirAsia Group susulan pengumuman strategi baharu iaitu 'ONE Airline' baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Cambodia, Vissoth Nam semasa berucap berkata, pihaknya gembira untuk mencatatkan satu lagi pencapaian bukan sahaja untuk industri penerbangan di rantau ini malah juga untuk negara ini pada hari ini.
Sebagai sebuah kumpulan, AirAsia kini mengendalikan enam laluan ke Kemboja dari Kuala Lumpur dan Bangkok dan telah menerbangkan 1.3 juta penumpang ke Kemboja. - BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Tony Fernandes berkata, keyakinan itu berdasarkan keanjalan semula industri penerbangan pasca-COVID-19 walaupun tambang meningkat sehingga 25 peratus berdasarkan US$110 setong bahan api pesawat. - Gambar fail/Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.