BAYAN LEPAS: Ekosistem perniagaan dan pelaburan yang kondusif menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor kesihatan secara menyeluruh, kata Ketua Pegawai Eksekutif The Hills Rehab, Thonburi Healtchcare, Arina Lapsiriphon.
Beliau menjelaskan, perkhidmatan kesihatan mempunyai pasaran yang besar di ASEAN dan perlu dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
Ujarnya, potensi pasaran ini hasil daripada permintaan terhadap sektor pelancongan kesihatan di negara-negara ASEAN.
Selain itu, katanya kepakaran yang dimiliki oleh pakar kesihatan di ASEAN termasuk Malaysia dan Thailand, menjadi tarikan kepada masyarakat dunia untuk datang mendapatkan rawatan.
"Pasaran penjagaan kesihatan di kalangan negara ASEAN adalah pasaran yang sangat besar. Kita mempunyai ramai pelanggan dari Eropah, Amerika, Australia dan seluruh dunia.
"Mereka ingin datang ke negara-negara ASEAN kerana mereka memerlukan khidmat profesional kita," ujarnya ketika menghadiri Asean Investment and Trade Forum (AITF 2023) di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sementara itu, beliau menyifatkan bahawa Malaysia dan Thailand, masing-masing mempunyai perkhidmatan kesihatan yang efisien dan cekap dalam kalangan negara ASEAN.
Beliau juga mencadangkan kerjasama kukuh dipertingkat antara kedua-dua negara untuk memperkasa sektor perkhidmatan kesihatan di Asia Tengara melalui perdagangan perubatan dan pelancongan kesihatan secara holistik.
"Saya fikir kita boleh bekerjasama dari segi perdagangan kesihatan, untuk menjadi pasaran yang kukuh di kalangan ASEAN, menjadi lebih berjaya dan boleh mencipta lebih banyak pendapatan di Asia Tenggara," tambahnya.
Mengulas lanjut, Arina berkata, antara yang mendapat permintaan tinggi di ASEAN pada ketika ini adalah perkhidmatan rawatan kesihatan mental.
Justeru, katanya menerusi perdadangan perubatan dan pelancongan kesihatan, kedua-dua negara mampu meraih manfaat sekali gus mengangkat nama ASEAN sebagai hab kesihatan utama di dunia.
Fahmi Izuddin
Wed Oct 25 2023

Malaysia dan Thailand mempunyai perkhidmatan kesihatan yang efisien dan cekap. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

AITF 2023: Literasi kelestarian dalam sektor PMKS wajar dipertingkat
Pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu meningkatkan literasi terhadap kelestarian perniagaan mereka untuk terus bersaing secara kompetitif di pasaran antarabangsa.

AITF 2023: Ekosistem perdagangan, pelaburan kondusif pemangkin pertumbuhan sektor kesihatan
Perkhidmatan kesihatan merupakan pasaran terbesar di ASEAN dan perlu dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

AITF 2023: Platform keterhubungan usahawan mikro, perkasa pembangunan PMKS
AITF 2023 menjadi medium tepat untuk usahawan mikro mendapatkan pendedahan berkenaan pasaran perniagaan global, di samping membantu mereka mendepani cabaran asas dalam perniagaan.

AITF 2023: Platform transformasi pembangunan ekonomi Pulau Pinang
AITF 2023 turut bertujuan melatih usahawan mikro tempatan berkenaan strategi menembusi pasaran perniagaan di peringkat antarabangsa.