KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mengekalkan aliran pergerakan lebih sembilan juta penumpang bagi April 2023 walaupun turut melibatkan tempoh Ramadan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023.
"Angka sembilan juta itu pertama kali direkodkan pada Disember 2022 yang juga bulan kemuncak bagi tahun tersebut. Malah, angka itu kekal di paras lebih sembilan juta penumpang setiap bulan sehinggalah pada April 2023.
"Aliran pergerakan penumpang antarabangsa pula kekal melebihi paras empat juta iaitu 4.3 juta orang pada April 2023 - mencecah 76.8 peratus daripada paras pada April 2019," katanya.
Menurut MAHB, pergerakan penumpang domestik mencatat sebanyak 4.8 juta penumpang iaitu 78.4 peratus daripada paras April 2019.
"Walaupun tempoh Ramadan pada tiga minggu pertama April 2023, aliran pergerakan penumpang Malaysia terus melebihi enam juta penumpang, angka kukuh yang diuruskan lapangan terbang terbabit sejak Disember 2022.
"Kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik terus merekodkan aliran penumpang mingguan yang menggalakkan, meningkat sekali ganda setiap minggu.
"Prestasi itu didorong antara lainnya oleh sambutan sempena Aidilfitri, langkah penyambungan semula perkhidmatan penerbangan China Southern dari Guangzhou ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Air China dari Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.
Selain itu, pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul pada April 2023 meningkat sebanyak 31.7 peratus daripada April 2022 dengan mencatat 2.8 juta penumpang atau 93.8 peratus daripada paras 2019.
"Aliran pergerakan penumpang antarabangsa mencecah 1.5 juta orang pada April 2023 yang merupakan jumlah kendalian tertinggi pada 2022 ketika waktu kemuncak cuti musim panas serta angka tertinggi setakat tahun ini.
"Jumlah pergerakan penumpang domestik juga menggalakkan dengan mencatat 1.3 juta penumpang dan merupakan peningkatan kecil berbanding Mac lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Menurut MAHB, pergerakan penumpang domestik mencatat sebanyak 4.8 juta penumpang iaitu 78.4 peratus daripada paras April 2019. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.