Alliance DBS Research mengekalkan saranan "beli" terhadap saham Hong Leong Bank Bhd (HLB) dengan harga sasaran kekal pada RM15 setelah syarikat dapat meningkatkan aliran pendapatan.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma penyelidikan itu berkata prestasi kewangan separuh tahun kewangan HLB yang berakhir pada 31 Dis, 2016, adalah dalam jangkaan.
Semalam, bank memaklumkan sidang media bahawa jumlah pendapatannya bagi separuh pertama tahun kewangan 2016 meningkat 8.5 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM2.275 bilion.
"HLB mencatatkan keputusan kewangan yang kukuh, disokong oleh pendapatan perbendaharaan dan margin faedah bersih (NIM) yang teguh," katanya.
Walaupun terjejas sedikit oleh sumbangan yang rendah daripada sekutu bank, Bank of Chengdu (BOCD), firma penyelidikan itu bagaimanapun memahami keadaan kualiti aset telah stabil.
"HLB kekal untuk memenuhi sasaran tahun kewangan 2017 sehingga 30 Jun, 2017, termasuk pertumbuhan pinjaman bagi mengikuti paras industri antara empat hingga lima peratus, nisbah pendapatan bukan faedah kurang daripada 25 peratus, nisbah kos kepada pendapatan kurang daripada 46 peratus dan pulangan ke atas ekuiti sebanyak 10 hingga 11 peratus," katanya.
Pada pukul 11 pagi, saham HLB naik satu sen kepada RM13.60 dengan 303,300 saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2017

HLB mencatatkan keputusan kewangan yang kukuh, disokong oleh pendapatan perbendaharaan dan margin faedah bersih (NIM) yang teguh. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Alliance DBS kekal saranan 'beli' terhadap HLB
Firma penyelidikan itu berkata prestasi kewangan separuh tahun kewangan HLB yang berakhir pada 31 Dis, 2016, adalah dalam jangkaan.