SEJUMLAH syarikat berpusat di Amerika Syarikat sedia menyatakan hasrat untuk melabur atau mendapatkan pegangan sekiranya TikTok memilih untuk menjual operasi mereka di Amerika Syarikat.

Tidak setakat itu, kini hadir laporan baharu, menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.

Seperti ramai sedia maklum, TikTok sedia menerajui dalam arena jual beli berasaskan video langsung pada TikTok Shop. 

Hal ini sendiri memberikan cabaran kepada pelbagai syarikat e-dagang di pasaran, termasuk Amazon sendiri.

Sekiranya Amazon mendapatkan TikTok di Amerika Syarikat, ia mungkin akan digunakan dalam mengintegrasikan e-dagang bersama, sekali gus memastikan arena e-dagang terus diterajui oleh Amazon di pasaran tersebut.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah keputusan akhir ByteDance berkenaan arahan menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Beberapa pihak sedia menyatakan hasrat untuk mendapatkannya, termasuk Oracle dan Microsoft.