BENUA Asia memiliki ramuan yang sempurna untuk menjadi kuasa ekonomi dan politik terbesar dunia tidak lama lagi.
Ia memiliki hampir lima bilion penduduk, mempunyai kadar penembusan internet lebih 50 peratus, terletak di kedudukan strategik dari segi geografi dan ekonominya mewakili 40 peratus daripada GDP dunia.
Kesemua ramuan ini, jika diadunkan dan digaul sebati, mampu menghasilkan kekayaan luar biasa kepada penduduknya, terutama mereka yang bijak mengambil peluang.
Pakar strategi geopolitik terkenal, Parag Khanna dalam bukunya, The Future is Asian, menyuluh perhatian kepada garis masa yang digelarnya sebagai ‘Abad Asia’ iaitu sebuah sistem sosio-politik dan ekonomi baharu merentasi sempadan yang dihubungkan melalui jaringan perdagangan, kewangan, infrastruktur dan diplomatik.
Menurutnya, seluruh dunia tertumpu di Eropah pada abad ke-19 dan kemudian beralih ke Amerika Syarikat pada abad ke-20. Kini, dalam era abad ke-21, Asia adalah pusat graviti dunia.
Asia akan menentukan masa depannya sendiri dan menonjolkan kepentingannya di peta dunia. Benua terbesar ini juga bakal mengubah percaturan politik dan ekonomi negara-negara Barat melalui kuasa perdagangannya.
Harimau sudah bangkit dari tidur
Sebagai pelabur saham, tidak salah untuk mengatakan bahawa Amerika Syarikat masih merupakan pusat ekonomi dunia tetapi apa yang salah adalah tanggapan bahawa Amerika akan selama-lamanya menjadi paksi ekonomi global. Sejarah telah menunjukkan bagaimana kekayaan dunia beralih dari satu wilayah ke wilayah yang lain.
Bermula dengan Empayar Rom pada tahun 100 selepas Masihi di Eropah, kuasa ekonomi dunia berpindah tangan kepada Dinasti Song di China pada tahun 1200, Empayar Mughal di India pada tahun 1700, Empayar British sekitar 1870 dan akhirnya ke Amerika Syarikat bermula 1900-an.
Selepas lebih 100 tahun, cengkaman Amerika pada ekonomi dunia dijangka mulai terlerai dan diambil alih oleh benua Asia.
Kebangkitan Asia sebelum ini sering terlindung di sebalik bayang-bayang ekonomi negara Barat.
Namun sejak China memperkenalkan strategi pembangunan global dinamakan Belt and Road Initiative (BRI) pada 2013, seluruh dunia terutama negara-negara Barat seolah-olah baru tersedar bahawa harimau Asia yang dianggap sedang tidur selama ini sebenarnya telah lama mengatur langkah.
Dan langkah pertama yang diambil adalah memperbaiki kesalinghubungan dan kerjasama antara negara-negara di benua Asia melalui BRI. Ia seolah-olah gam yang menyatukan Asia menjadi sebuah pusat ekonomi, seperti jigsaw puzzle yang telah diatur sempurna. Perubahan dari segi pendekatan politik ini membantu kestabilan ekonomi dan sosial di Asia, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Pelbagai jenis pelaburan untuk dipilih
Hakikatnya, benua Asia sedang mengalami pertumbuhan pesat, dipacu oleh jumlah penduduk yang ramai terutamanya orang muda, kemunculan pemimpin-pemimpin yang mementingkan kesepaduan berbanding persengketaan dan pembangunan infrastruktur yang pesat terutama Internet.
Sebelum ini pun, kerancakan ekonomi Asia telah menarik perhatian pelabur dan syarikat multinasional. Benua Asia merupakan penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar dunia, meningkat daripada 25 peratus pada 2016 kepada 33 peratus pada 2017.
Kawalan ekonomi dan fiskal yang lebih ketat oleh negara-negara Asia serta pendekatan yang lebih berhati-hati dalam perdagangan antarabangsa merendahkan risiko pelaburan di rantau ini berbanding di Barat yang lebih bersifat terbuka.
Selain itu, pengembangan tenaga buruh dan peningkatan produktiviti memacu pertumbuhan GDP di Asia.
Laporan Regional Economic Outlook: Asia and the Pacific oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi Asia akan berkembang pada kadar 5.4 peratus tahun ini dan kekal sebagai benua paling dinamik di dunia dari sudut ekonomi.
Sementara itu, ASEAN sebagai sub-kelompok ekonomi kepada Asia juga menghidangkan peluang yang luar biasa kepada pelabur sehingga ia diramalkan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2050. Dianggotai oleh negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi berbeza, ia memberikan pendedahan unik kepada pelabur untuk memilih jenis pelaburan yang dimahukan.
Pelabur yang inginkan pasaran besar boleh memilih Indonesia, negara yang menguasai 40 peratus daripada output ekonomi Asia.
Bagi pelabur yang lebih berani mengambil risiko, Myanmar yang baru keluar daripada ‘persembunyian’ selepas beberapa dekad menawarkan pasaran baharu untuk diterokai.
Untuk ekonomi matang dan terbuka, Singapura mungkin menjadi pilihan pelabur kerana ia mempunyai GDP per kapita lebih tinggi daripada ekonomi maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada.
Kepelbagaian inilah yang memberikan daya tahan tinggi kepada Asia untuk berdepan dengan kelembapan ekonomi dunia. Oleh itu, pelabur boleh memilih untuk membeli saham dalam industri yang berbeza di setiap negara Asia, sekali gus mempelbagaikan pegangan portfolio mereka.
Jenama Asia untuk orang Asia
Pada masa ini, populasi kelas pertengahan Asia merangkumi 525 juta orang, atau 28 peratus daripada penduduk kelas pertengahan dunia, menurut laporan bank DBS. Dalam tempoh 10 tahun lagi, kumpulan itu dijangka berkembang kepada 1.74 bilion orang.
Selain itu, populasi hartawan di Asia – iaitu mereka yang memiliki kekayaan US$30 juta dan ke atas – meningkat sebanyak 18.5 peratus pada 2017 dan jumlah kekayaan mereka melonjak sehingga 26.7 peratus, iaitu sekali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat.
Kekayaan terkumpul hartawan Asia kini bernilai US$8.365 trilion pada 2018, menurut statistik Wealth-X, syarikat data mengenai individu terkaya dunia.
Majoriti kekayaan ini adalah dari China diikuti oleh India dan Hong Kong. Namun pertambahan ketara juga dapat dilihat di Vietnam, Indonesia dan Bangladesh. Malah, Bangladesh mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi di dunia dalam melahirkan individu terkaya. Pertambahan ini disebabkan oleh pemulihan ekonomi dan lonjakan pasaran saham di rantau ini.
Ini bermakna Asia mempunyai kuasa membeli yang tinggi memandangkan jumlah populasi kaya dan kelas pertengahan yang besar. Mana-mana jenama yang berjaya menembusi pasaran Asia seolah-olah mendapat durian runtuh.
Saham-saham hebat di Asia
Kajian terbaru turut menunjukkan tiga daripada lima jenama paling popular di Asia adalah jenama syarikat Asia sendiri.
Samsung duduk megah di atas takhtanya sebagai jenama paling popular di Asia, diikuti dengan pesaing terdekatnya dalam pasaran telefon bimbit iaitu Apple. Pengeluar barangan elektronik Jepun, Panasonic dan Sony berada di tempat ketiga dan keempat, diikuti dengan jenama Nestle dari Switzerland. Jenama Korea Selatan, LG turut berada dalam kedudukan 10 tertinggi bersama-sama jenama Google, Chanel. Nike dan Philips.
Apple yang merupakan jenama paling berharga di dunia buat sembilan tahun berturut-turut merekodkan penjualan iPhone lebih rendah terutama di China apabila masyarakat negara itu memilih untuk membeli produk Huawei Technologies dan Xiaomi yang lebih murah dengan keupayaan teknologi setanding.
Inilah jenama-jenama Asia yang perlu dikejar oleh pelabur saham dalam usaha untuk mempelbagaikan pegangan saham mereka. Bukan hanya menumpukan pelaburan di Amerika dan Eropah yang semakin tumpul taringnya.
Tidak dinafikan, dalam keghairahan pelabur mengejar keuntungan dalam ‘dolar Amerika’, ramai terlepas peluang yang terhidang di depan mata. Mungkin kerana persepsi kuno yang masih kuat bersarang di minda, iaitu Barat adalah yang terbaik dalam segala-galanya.
Tanggapan itu perlu diketepikan sama sekali kerana sinar kegemilangan Barat semakin malap dan kilauan yang lebih cerah kini berada di Asia.
Jika anda bersedia untuk dibimbing dan ingin tahu bagaimana mengenal pasti saham gergasi di persada dunia yang naik 10 kali ganda dalam masa beberapa tahun untuk memberi anda pulangan yang luar biasa apa kata anda hadir dilokasi terpilih dengan daftar di www.menangsaham.com.
* Tonton rancangan 'Menang Saham Bersama DDNK' pada setiap Isnin di saluran 501 Astro Awani untuk mempelajari langkah pertama menjadi pelabur berjaya.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Dr Nazri Khan
Fri Jul 19 2019
Menurutnya, seluruh dunia tertumpu di Eropah pada abad ke-19 dan kemudian beralih ke Amerika Syarikat pada abad ke-20. Kini, dalam era abad ke-21, Asia adalah pusat graviti dunia. - Sumber foto Google Map
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.