Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 7.50 sen seunit serta bonus 1 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.
Pengagihan itu melibatkan pembayaran RM10.16 bilion oleh ASNB, peningkatan 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar tahun lepas.
Bonus pula melibatkan peruntukan RM804.43 juta oleh Permodalan Nasional berhad (PNB), peningkatan 19 peratus berbanding RM675.93 juta yang dibayar tahun lepas.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pembayaran akan memanfaatkan 8.6 juta pemegang unit yang kini memiliki 137.07 bilion unit ASB.
“Kami boleh bayar lebih 10 sen, tetapi kami mengambil pendekatan berhemah, 7.5 sen diberi dan selebihnya dibawa kehadapan untuk tentukan perancangan seterusnya kerana portfolio kita jangka panjang bagi pulangan kompetitif," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
(*Nota editor: Lihat perbandingan agihan dividen ASB dari tahun 1990 hingga 2014.)
Pendapatan kasar penuh ASB sehingga 16 Disember 2014 dianggar berada pada RM10.55 bilion.
Dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus daripada pendapatan kasar.
Sementara itu, keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM4.23 bilion atau 40.1 peratus daripada pendapatan kasar dan baki RM1.68 bilion disumbang pendapatan lain.
Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 2 Januari 2015.
Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.
Najib Aroff
Thu Dec 18 2014

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 7.50 sen seunit serta bonus 1 sen seunit untuk Skim Amanah Bumiputera. -Gambar fail
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen bagi ASB
ASNB mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Belanjawan 2023: Had pelaburan individu bagi ASB, ASB 2 dinaik kepada RM300,000
Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

Impak COVID-19: PNB mempelbagai pelaburan, pengembangan antarabangsa
Pemodalan Nasional Bhd (PNB) terus mempelbagai dan mengembangkan pelaburannya termasuk di peringkat antarabangsa seiring memaksimumkan pulangan kepada pemegang unit.

Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 hingga 2019
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kelembapan pasaran sebab utama jumlah pengagihan ASB 5.50 sen seunit
Kelembapan pasaran dunia adalah antara sebab utama mengapa jumlah pengagihan Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah rendah untuk tahun 2019. Pelaburan luar negara antara objektif penting masa terdekat.

Takut mati di tali gantung, wanita tertipu hampir RM500,000
Seorang wanita kerugian hampir setengah juta ringgit selepas diperdayakan oleh satu sindiket yang kononnya dapat menyelamatkannya daripada hukuman gantung sampai mati.

Inisiatif ADAM50, Menara PNB 118 berjalan seperti biasa
Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan bahawa, Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dan projek pembinaan Menara PNB 118 bakal diteruskan mengikut perancangan asal.

Jumlah pulangan ASB 8.25 sen, ASN 3.65 sen bagi 2017
Ini menjadikan jumlah pulangan ASB bagi 2017 12 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Bank tempatan tawar bantuan hadapi musibah banjir
Beberapa institusi bank tempatan telah mengeluarkan kenyataan untuk menawarkan bantuan kepada pelanggan masing-masing yang terjejas oleh banjir di Kedah dan Pulau Pinang.

Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 - 2015
Infografik memaparkan jumlah dividen dan bonus (sen/unit) Amanah Saham Bumiputera dari tahun 1990 hingga tahun kewangan berakhir 2015.