KUALA LUMPUR: Ketika keadaan makroekonomi yang tidak dapat diduga dan turun naik mata wang asing, Astro mencatat hasil RM829 juta dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024 dengan ADEX mencatat pertumbuhan suku yang positif iaitu 13 peratus manakala PATAMI TERNORMAL tutup pada RM42 juta (tidak termasuk dengan kos Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dan nilai foreks tidak direalisasi pada liabiliti pajakan transponder). Astro kekal menjana wang dengan aliran tunai bebas sebanyak RM158 juta naik 23 peratus tahun ke tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata: “Pelan strategik kami untuk mentransformasikan Astro sebagai sebuah syarikat penstriman membawakan hasil. Pek-pek TV dan gabungan jalur lebar telah menaikkan ARPU untuk empat suku berturut-turut dengan RM2.40 tahun ke tahun kepada RM99.80. Perniagaan-perniagaan yang bersempadanan; Astro Fibre dan sooka, kedua-duanya berada pada trajektori pertumbuhan positif untuk tahun ini walaupun ada cabaran.
Pangkalan jalur lebar kami naik 22 peratus tahun ke tahun manakala pengguna bulanan aktif sooka (MAU) naik melebihi 80 peratus suku ke suku serta pangkalan pelanggan naik 50 peratus suku ke suku dipacu oleh kenaikan kandungan, model harga baharu dan pemasaran bersasar yang dipertingkatkan. Manakala perusahaan naik 14 peratus tahun ke tahun dengan industri makanan dan minuman (F&B) meneruskan pemulihan dari tahun-tahun COVID-19.”
“Seperti yang dijangkakan, penstriman menerusi Ultra dan Ulti Box serta Astro GO terus naik dengan penstriman rancangan On Demand meningkat 25 peratus tahun ke tahun kepada 589 juta dalam 9MFY24. Pemasangan Ultra dan Ulti Box naik 30 peratus tahun ke tahun kepada 960 ribu manakala Astro GO melihat 545 ribu pengguna bulanan aktif dengan purata tontonan 3.4 jam.”
“Seperti yang telah diumumkan, dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024, Astro telah menyelesaikan program VSS, antara langkah-langkah kunci dalam mentransformasikan kos pangkalan legasi. Sebagai keputusan, syarikat telah mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 20 peratus. Kos langkah ini adalah RM52 juta, ditempah dalam suku ini dan bayaran semula dianggarkan dalam masa kurang dari satu tahun. Kumpulan turut keluar dari perniagaan beli belah di rumah agar sumber-sumber boleh dilabur dalam perniagaan yang boleh membawa pertumbuhan,” tambah Euan.
Sorotan-Sorotan Utama
1. Sukan siaran langsung, Astro Originals dan filem menang dan tawan para peminat
• Signature premium tempatan, All Stars Gegar Vaganza kekal rancangan nombor satu di Malaysia, dengan konsert akhir memperoleh 2.3 juta tontonan TV dan mencapai RM1.2 juta jualan tiket, manakala Sepahtu Reunion Live menjana tontonan TV 827 ribu dengan 1.9 juta rancangan distrim.
• Astro memperkukuhkan posisinya sebagai penerbit filem nombor satu di Malaysia dengan filem-filem mencatat RM103 juta setakat ini dengan penguasaan pasaran box office tempatan sebanyak 77 peratus. Malbatt: Misi Bakara, filem terkini Astro mencatat lebih RM32 juta dalam suku ini.
• Komitmen Astro dalam memperjuangkan Liga Malaysia terus mendapat perolehan dengan penonton TV untuk Piala Malaysia dan Piala FA masing-masing menarik lebih 5 juta penonton.
2. Kekuatan ADEX
• Astro mencatat 13 peratus penambahbaikan sesuku menerusi Adex kepada RM98 juta dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024 kerana kekuatan TV Adex yang dipacu oleh kandungan signature dan originals yang ditayangkan pada suku ini. Penguasaan pasaran Radex, TV Adex dan Digital Adex pada suku ini adalah 78 peratus, 31 peratus dan 2 peratus. Astro Radio terus berada di tangga pertama untuk kesemua bahasa dengan mencatat 17.6 juta pendengar mingguan menerusi FM dan dalam talian. Sebagai peneraju Pengiklanan Bersasar, Astro memacu keputusan perniagaan ketara dengan hasil Pengiklanan Bersasar naik 150 peratus tahun ke tahun dengan kemasukan pelanggan yang meningkat hampir tiga kali ganda.
3. sooka menawar lebih nilai dengan harga dan pek baharu
• sooka terus bertumbuh secara mendadak sejak dilancarkan dan sekali lagi naik melebihi 80 peratus suku ke suku kepada 1.5 juta MAU, 84 peratus merupakan penggunaan peranti mudah alih.
• Dengan harga pek promosi baharu, ciri-ciri baharu dan penambahan kandungan premium termasuk sukan secara langsung dan rancangan-rancangan popular kanak-kanak, sooka menawarkan nilai hebat dengan fleksibiliti yang menakjubkan.
• Dan seleksi kandungan yang terus bertambah dengan lebih banyak kandungan Cina dan Korea serta 15 saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) yang baharu saja dilancarkan.
4. Tindakan anti cetak rompak yang tegas
• Untuk kesejahteraan industri hiburan dan melindungi hak pelanggan berbayar, Astro terus bekerja secara rapat dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan untuk memastikan langkah-langkah anti cetak rompak dilaksanakan dengan efektif. Setakat tahun ini, 12 individu telah didakwa dan didenda kerana pelanggaran hak cipta dan menjual kotak TV yang dimuat turun dengan kandungan Astro tanpa kebenaran.
5. Komitmen kami terhadap kemampanan
• Sebagai komitmen untuk menjadi Suara Untuk Kebaikan, Astro menyiarkan 6,100 jam pengumuman perkhidmatan awam (PSA) sehingga kini dalam tahun kewangan berakhir 2024 untuk menguar-uarkan mesej positif mengenai alam sekitar, sosial, sivik dan isu pentadbiran.
• Sebahagian daripada advokasi untuk bumi yang lebih hijau, Astro telah mengadakan RimbaKita Run/Walk untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan hutan. Sumbangan yang diterima disalurkan untuk menyokong pemuliharaan hutan dengan mengadopsi 27 pokok di Taman Tugu.
• Pembangunan akar umbi kami, Astro Kem Badminton (AKB) yang telah melatih 1,600 kanak-kanak tahun ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menandakan komitmen bersama dalam mengenal pasti dan melatih bakat-bakat AKB pada tahun 2024.
Perspektif Keseluruhan
Perjalanan transformasi Astro menyaksikan kami berusaha secara agresif untuk menjadi Destinasi Hiburan dan Penstriman Pilihan rakyat Malaysia. Pelaburan memberi fokus terhadap pertumbuhan jangka masa panjang dan pertumbuhan mampan yang merangkumi:
• memperkasakan kandungan tempatan yang menunjukkan kekuatan kompetitif Astro dengan nilai produksi tinggi dan penceritaan segar menerusi Astro Originals, signatures dan filem;
• ‘menyayangi’ para pelanggan kami dengan memberikan kandungan yang hebat serta tidak dapat dilupakan
secara intuitif dan mudah; sebagai keputusan kepuasan perkhidmatan pelanggan kami bertambah baik dalam masa 12 bulan.
• memacu pertumbuhan perniagaan bersempadanan; aplikasi sooka, Astro Fibre dan Pengiklanan Bersasar, ditujukan kepada segmen pasaran tersedia ada dan baharu dengan menaikkan nilai dan kebolehubahan; dan
• transformasikan struktur kos legasi untuk memberikan realiti baharu pasaran TV Berbayar tempatan yang mencerminkan trend-trend global.
Kekuatan USD secara berterusan memberikan impak terhadap garis kos perniagaan kami, manakala keadaan ekonomi tempatan (yang dipengaruhi faktor geopolitik) dan sentimen pelanggan yang lemah turut memberikan cabaran-cabaran yang berkenaan dengan pertumbuhan hasil. Oleh itu, kami telah memperkenalkan lebih banyak produk yang dihargakan secara berpatutan demi memacu langganan produk dan sokongan para pelanggan.
Kumpulan akan kekal berpandangan berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan perniagaan, pada masa yang sama menguruskan kos perbelanjaan dengan cermat dan berhemah.
Astro Awani
Thu Dec 14 2023
Astro mencatat hasil RM829 juta dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024 dengan ADEX mencatat pertumbuhan suku yang positif iaitu 13 peratus.
Pertama kali berlakon, Ariana Grande menangis tercalon di Oscar
Ariana Grande dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Oscar edisi ke-97 untuk peranannya sebagai Glinda dalam filem "Wicked".
Israel serbu tebing barat, penduduk tinggalkan kediaman
Israel meneruskan operasi di Tebing Barat yang memaksa penduduk berpindah dari kediaman beberapa hari selepas gencatan senjata dengan Hamas dikuatkuasakan.
Penduduk Gaza pulang, kediaman musnah, barbau mayat reput
Penduduk Palestin yang pulang ke kediaman di Gaza disambut suasana suram dengan runtuhan bangunan, kediaman musnah dan bau mayat mereput.
Anwar tiada masalah dengan himpunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang bakal berlangsung di ibu negara pada Sabtu.
Namun, Anwar berkata, beliau hairan tentang jika himpunan tersebut menyasarkan era pentadbiran yang beliau baharu pimpin selama dua tahun, sedangkan banyak kes-kes berprofil berlaku pada era sebelumnya.
Namun, Anwar berkata, beliau hairan tentang jika himpunan tersebut menyasarkan era pentadbiran yang beliau baharu pimpin selama dua tahun, sedangkan banyak kes-kes berprofil berlaku pada era sebelumnya.
Dunia tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman
Di sebalik ketidaktentuan global, ada keperluan mendesak untuk Malaysia memperkukuhkan kekuatan dalaman, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, ketrampilan, serta kecerdasan buatan (AI), jika tidak mahu negara terus ketinggalan.
ketidaktentuan global, anwar ibrahim, perdana menteri, rakyat Malaysia
Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, ketrampilan, serta kecerdasan buatan (AI), jika tidak mahu negara terus ketinggalan.
ketidaktentuan global, anwar ibrahim, perdana menteri, rakyat Malaysia
Kabinet setuju pengurangan tol 50 peratus - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bagi semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) pada 27 dan 28 Jan ini.
Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Warga emas didenda cederakan kakitangan Puspakom
Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan kakitangan Puspakom minggu lalu.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.
GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus
Zehra berharap Illa dan Reshmonu akan terus semangat dan kembali aktif dalam industri muzik, walaupun tersingkir dari GV11.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.