KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion dan keuntungan selepas cukai RM168 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2021.
Kumpulan itu turut menyaksikan pendapatan pengiklanan (ADEX) meningkat kepada RM130 juta bagi tempoh yang sama.
“Dengan tiga suku berturut-turut menyaksikan pemulihan, Astro menutup tahun kewangan 2021 dengan pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang memberangsangkan, masing-masing sebanyak RM4.4 bilion dan RM540 juta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.
Tan berkata, prestasi positif ini adalah susulan penawaran pelbagai produk dan ciri baharu yang menarik termasuk cloud recording, play from start dan pengenalan lebih banyak saluran dengan kapasiti definisi tinggi.
Dengan penawaran baharu ini katanya, Astro menyaksikan langganan Ultra Box 4K-UHD meningkat lima kali ganda kepada 230,000 langganan, dan penstriman Video On Demand meningkat tiga kali ganda kepada 222 juta.
Kata Tan, Astro juga sedang menaik taraf lebih banyak salurannya daripada definisi standard (SD) kepada definisi tinggi (HD) untuk memperkayakan pengalaman tontonan pelanggan bergerak ke hadapan.
Tambahnya, prestasi Astro yang memberangsangkan bagi suku keempat turut dibantu oleh peningkatan Adex serta prestasi Astro Go Shop yang berjaya mencatat pendapatan sebanyak rm461 juta, paras tertingginya setakat ini.
“ADEX pulih selepas aktiviti penggambaran dapat diteruskan semula, dibantu oleh penyiaran pelbagai siri Astro Originals yang menarik.
“Pendapatan prabayar NJOI meningkat 36% suku ke suku sementara penawaran Astro Broadband turut menyaksikan sambutan yang memberangsangkan dengan peningkatan pelanggan lebih 60% tahun ke tahun,” katanya.
Bergerak ke hadapan katanya, Astro akan kekal mengambil pendekatan berhati-hati susulan keadaan ekonomi yang dijangka masih tidak menentu walaupun vaksin COVID-19 sudah mula diedarkan.
Susulan prestasi ini, Astro mengumumkan dividen 1.5 sen sesaham bagi suku keempat tahun kewangan 2021.
Ini menjadikan dividen keseluruhan untuk tahun kewangan 2021 sebanyak 8.0 sen sesaham, melebihi dividen 7.5 sen sesaham pada tahun kewangan 2020.
Luqman Hariz
Thu Mar 25 2021


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Astro 'buka pintu' buat kanak-kanak rai pengalaman istimewa
Inisiatif Astro School Holiday Tour ini menjanjikan pengalaman mengujakan dengan dua pengisian utama iaitu pelajaran dan hiburan.

Untung selepas cukai Astro meningkat 10 peratus bagi 1HFY22
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata prestasi tersebut menunjukkan daya tahan Astro yang tinggi di sebalik keadaan ekonomi yang kekal mencabar.

#KitaTeguhBersama: Astro salur 800 bakul makanan kepada keluarga B40
Astro amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai NGO dan pertubuhan dalam membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

Astro catat pendapatan RM1.11 bilion, untung RM168 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2021
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion dan keuntungan selepas cukai RM168 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2021.

Sarawak dan Astro perkukuh kerjasama bidang media dan penyiaran
Astro menyokong penuh aspirasi Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memantapkan sistem penyampaian maklumat buat rakyat

#LightItBlue: Astro zahirkan sokongan kepada petugas barisan hadapan COVID-19
Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan petugas barisan hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Astro sumbang 50,000 penutup mulut dan hidung kepada JPBNS
Petugas barisan hadapan di Sarawak menerima 50,000 keping penutup mulut dan hidung sumbangan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).

Astro catat peningkatan PATAMI kepada RM171 juta bagi Q3FY20
Astro turut mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 2 sen sesaham.

Astro rakan kongsi pertama aplikasi iQIYI di luar China
Kolaborasi tersebut sekali gus menjadikan Astro sebagai rakan kongsi pertama yang dipilih iQIYI untuk jalinan hubungan dengan negara luar.

Kewangan Astro kukuh, PATAMI melonjak 920 peratus
Astro Malaysia Holdings Berhad merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) pada RM169 juta, peningkatan 920 peratus bagi suku kedua tahun kewangan berakhir Januari 2020.