Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) mengumumkan kerjasama strategik yang membolehkan Astro menawarkan perkhidmatan jalur lebar dan kandungan yang unik kepada capaian sedia ada dan baharu yang dihubungkan Allo.
Tawaran ini akan memberikan pengguna menikmati sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dan kandungan Astro.
Kerjasama ini adalah usaha Astro untuk mendukung inisiatif Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dilaksanakan kerajaan.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif kedua-dua syarikat, Henry Tan mewakili Astro manakala Rodzi Ahmad bagi Allo.
Henry Tan berkata meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuat kuasa, perkhidmatan Astro masih berjalan seperti biasa.
"Astro teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan Allo untuk perkhidmatan jalur lebar dan kandungan.
"Allo mempunyai pelan pelaksanaan di seluruh negara yang memberangsangkan. Kami yakin ini akan membuka peluang baharu untuk Astro sejajar dengan strategi jalur lebar kami.
“Kerjasama ini akan meluaskan capaian jalur lebar sedia ada daripada TM, Maxis dan TIME kepada lebih 150,000 isi rumah dan perniagaan baharu dalam tempoh 18 bulan akan datang.
"Ini akan membantu kami memperluaskan capaian jalur lebar Astro ke kawasan seperti Alor Gajah, Cyberjaya, Bangsar South dan banyak lagi kawasan pinggir bandar," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Rodzi Ahmad berkata Allo akan terus meluaskan perkhidmatan gentian optiknya ke seluruh negara di bawah inisiatif NFCP bermula di Melaka, Perak, Johor, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
"Kami mengalu-alukan kerjasama Astro ini untuk sama-sama terus berkembang menerusi pelan pengembangan ini.
"Allo memfokuskan untuk meluaskan sambungan gentian optik ke kawasan luar capaian yang berdaya maju.
Justeru, kerjasama ini membolehkan kami memperluaskan perkhidmatan jalur lebar dan kandungan berkelajuan tinggi ke kawasan-kawasan ini untuk dinikmati pengguna.
"Melalui konsep akses terbuka bagi infrastruktur borong yang membolehkan pelbagai perkhidmatan dari Penyedia Perkhidmatan Runcit (RSP), Allo berharap tawaran jalur lebar dan kandungan ini dapat diperkenalkan pada harga yang kompetitif dan diakses oleh pelanggan," jelasnya.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Astro akan dapat menjual semula semua produk jalur lebar Allo, termasuk jalur lebar berkelajuan sehingga 1 Gbps.
Semasa pelancaran, Astro akan menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi berkelajuan 50 Mbps dan 100 Mbps yang menjimatkan kos, pada harga RM99 dan RM129.
Kandungan ditawarkan termasuklah Pek Keluarga Astro dengan lebih daripada 40 saluran antaranya Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, NatGeo WILD, FOXlife dan kandungan HD.
Selain mengatasi jurang digital antara kawasan dalam dan luar bandar, Henry berkata tawaran ini akan meningkatkan penglibatan pelanggan, membolehkan mereka menikmati rancangan TV kegemaran dan ribuan rancangan Astro On Demand melalui set-top box dan peranti yang dihubungkan seperti telefon bimbit dan tablet.
"Tawaran jalur lebar Astro ini unik kerana bukan sahaja ia memenuhi gaya hidup keluarga moden tetapi juga keperluan individu untuk mendapatkan maklumat, hiburan dan terus berhubung," ujar beliau.
Pelanggan juga akan menikmati akses percuma ke Astro GO yang membolehkan penstriman video mengikut keselesaan mereka.
Pelanggan digalakkan untuk menyambungkan set-top box mereka untuk menikmati lebih daripada 15,000 kandungan On Demand, sebahagian daripada tawaran ini.
Astro Awani
Tue Apr 28 2020
![Astro luaskan perkhidmatan jalur lebar dengan kerjasama Allo Astro luaskan perkhidmatan jalur lebar dengan kerjasama Allo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71588048009_Mashup.jpg)
Astro dan Allo umum kerjasama strategik yang membolehkan Astro menawarkan perkhidmatan jalur lebar dan kandungan yang unik kepada capaian sedia ada dan baharu yang dihubungkan Allo.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.