Astro Malaysia Holdings Berhad mencatatkan pendapatan RM1.31 bilion bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019, dipacu daya tahan dan usaha mempelbagaikan perniagaan dalam persekitaran mencabar pasaran.
Kadar Perbelanjaan Pengiklanan (ADEX) turut meningkat enam peratus kepada RM151 juta, sekaligus melepasi purata pasaran.
Astro turut merekodkan pertumbuhan pelanggan enam peratus tahun ke tahun kepada 5.5 juta pelanggan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan, pertumbuhan pasaran Astro meningkat sebanyak enam peratus tahun ke tahun kepada 5.5 juta.
“Dalam erti kata lain kami berjaya menembusi 75 peratus isi rumah di Malaysia. Kami turut merekodkan EBITDA kukuh sebanyak RM461.3 juta.
“Ini adalah hasil dari keupayaan kami mempertahankan dan memperluaskan lagi pangkalan data pelanggan dan jangkauan kami, justeru membuka ruang untuk kami meningkatkan peluang perniagaan merentasi kandungan vertikal berbayar, jualan pra - bayar, penjualan iklan, perdagangan dan Go Shop,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, saluran edagang Go Shop merekodkan pendapatan RM84 juta, peningkatan 35 peratus.
Astro juga menyaksikan peningkatan Adex TV sebanyak 17 peratus dari tahun ke tahun kepada RM83 juta dan pada masa sama didorong pertumbuhan medium pendapatan baharu yang tercipta dari inisiatif perdagangan dan Go Shop, pek pra - bayar NJOI dan Adex digital.
“Astro kini dalam fasa membangunkan sebuah pangkalan data pelanggan yang lebih komprehensif melibatkan persona setiap pelanggan menerusi proses analitik data.
“Ia bertujuan memacu hubungan pelanggan yang lebih rapat dan bersifat individu, merentasi semua aset media.” Jelasnya lagi.
Astro juga terus komited dalam strategi inisiatif transformasi digital syarikat dan memastikan pengurusan kos cekap.
Penguasaan semula segmen premium
Penyiaran Piala Dunia FIFA Russia 2018 bakal menjadi titik permulaan usaha Astro untuk mendapatkan semula pelanggan segmen premium.
Kesemua 64 perlawanan akan dipancarkan secara langsung dalam paparan berdefinisi tinggi (HD), di mana 37 daripadanya adalah eksklusif buat tontonan di televisyen dan peranti pintar menerusi Astro GO, NJOI Now dan aplikasi Stadium Astro serta acara lapangan.
“Menjadi matlamat kami untuk kekal sebagai pembekal media nombor satu pilihan pelanggan dengan sentiasa menjadi lebih baik dan bergerak seiring dengan arus pendigitalan serta teknologi baru untuk mengekalkan jangkauan dan penglibatan pelanggan kami.
“Pada masa sama, kami akan terus memperhebatkan kandungan tempatan dan Nusantara, produk dan perkhidmatan di kesemua aset media kami.
“Selain turut mempelbagaikan aliran pendapatan dalam pertumbuhan produk digital seperti Tamago, eGG Network, Go Shop dan Tribe dengan disokong oleh pengurusan kos yang efisien untuk mendapatkan keputusan operasi dan kewangan yang kukuh,” tambahnya lagi.
Najib Aroff
Wed Jun 06 2018
Astro turut merekodkan pertumbuhan pelanggan enam peratus tahun ke tahun kepada 5.5 juta pelanggan. - Foto AstroAWANI
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Kewangan Astro kukuh, PATAMI melonjak 920 peratus
Astro Malaysia Holdings Berhad merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) pada RM169 juta, peningkatan 920 peratus bagi suku kedua tahun kewangan berakhir Januari 2020.
Astro rekod pendapatan RM1.31 bilion
Astro Malaysia Holdings Berhad merekodkan pendapatan RM1.31 bilion bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd catat prestasi kukuh dalam FY13
Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) mencatatkan prestasi kewangan kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2013.