KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang akan bermula tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha itu dilakukan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
“Ia juga melibatkan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih dua juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
BACA SEMUA LAPORAN MENGENAI BAJET 2022 DI SINI
Dalam pada itu, kerajaan juga menyeru pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri di syarikat mereka.
Menurutnya, elaun tersebut adalah sama dengan jumlah dibayar kerajaan kepada pelajar tersebut ketika mereka menjalani latihan industri.
“Selain itu, kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan, iaitu meningkat berbanding RM800 sebelum ini.
“Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pelan pembiayaan sebanyak RM150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.
“Kerajaan bercadang untuk melanjutkan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana, Sijil Profesional serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Fri Oct 29 2021
Tengku Zafrul berkata, usaha itu dilakukan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. - Gambar hiasan
Kesemua mangsa terlibat berkemungkinan terkorban
Pihak Berkuasa Washington menjangkakan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan di udara melibatkan sebuah pesawat komersial dengan helikopter di Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan, terkorban.
Dialog ASEAN: ASEAN-Malaysia 2025 | From turmoil to Trump 2.0
How will Malaysia steer ASEAN through shifting geopolitics, economic hurdles and regional turmoil ? Could a second Trump presidency shake up the bloc’s dynamics? Join our guests as they unpack what’s at stake for ASEAN 2025.
Malaysia Negara ASEAN Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf di Gaza
Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.
Pertemuan Semula Selepas 11 Tahun, Detik Mengharukan di Aleppo
Selepas 11 tahun, Hilal Azmi kembali ke Aleppo, Syria, untuk bertemu semula dengan warga yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Rasai kehangatan, ketabahan, dan kisah-kisah inspirasi rakyat Syria dalam perjalanan penuh emosi ini.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
AWANI Sabah+: Potensi Sabah jadi jelapang padi negara
Dengan keluasan 73,904 kilometer persegi, dan menerima taburan hujan sepanjang tahun, Sabah berpotensi menjadi jelapang padi baharu negara.
AWANI Ringkas: Gencatan Senjata | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia-Thailand: Lawatan Khaled ke Bangkok perkukuh hubungan pertahanan
Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha mengukuh dan mempertingkat hubungan diplomasi antara malaysia dan thailand khususnya dalam konteks pertahanan.
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama trilateral
WestStar GAP, satu kerjasama antara WestStar Aviation dan syarikat minyak Timor Leste Petroleo atau Timor GAP melakar sejarah apabila mereka akan menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) pada Jumaat.
Bagi menyaksikan kerjasama itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tiba di Dili, Timor Leste pada 4.30 petang tadi.
Wartawan Khalis Khadir, ada laporannya
Bagi menyaksikan kerjasama itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tiba di Dili, Timor Leste pada 4.30 petang tadi.
Wartawan Khalis Khadir, ada laporannya
Laluan sempadan Kabupaten Sanggau terputus akibat banjir
Laluan sempadan Malaysia - Indonesia di Kabupaten Sanggau, Kalimantan barat terputus akibat banjir
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).