KUALA LUMPUR: Seiring dengan hasrat untuk mengoptimumkan operasi di samudera negara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mahu bilangan aset dan anggota sedia ada ditambah menerusi pembentangan Bajet 2023 pada 7 Okt ini.
Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata APMM memerlukan aset yang sesuai dan mampu bertahan lama di laut agar rondaan serta penguatkuasaan di persempadanan lebih efektif.
Beliau berkata APMM berhadapan dengan cabaran dalam melaksanakan operasi apabila terdapat aset yang telah dimamah usia dan tidak mampu bertahan dalam tempoh lama ketika operasi di laut.
"Terdapat juga kapal yang menjalani rutin penyelenggaraan dan baik pulih yang menjangkau sehingga setahun dan lebih berikutan alat ganti terpaksa dibuat baharu secara tempahan khas serta alat gantinya pula tiada di pasaran," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya kapal yang tidak mengikut rutin penyelenggaraan dan diselenggarakan dengan baik bukan sahaja menyebabkan kerosakan lebih besar malah mengundang bahaya kepada keselamatan pegawai dan anggota.
Mohd Zubil berkata APPM kini mempunyai 70 kapal dan 193 bot dengan sebahagian besar daripada aset tersebut berada dalam fasa penyelengaraan serta memerlukan tempoh baik pulih yang lama.
"Peruntukan pada tahun lepas dan sebelumnya agak terbatas, namun agensi terpaksa akur dengan membaik pulih kapal secara berpilih manakala selenggaraan berjadual pula ditangguhkan kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi...ini menjejaskan kerja penyelenggaraan kapal," katanya.
Bagaimanapun Mohd Zubil berkata meskipun berdepan dengan cabaran tersebut, penguatkuasaan dan pemantauan ketat sempadan perairan negara sepanjang pandemik COVID-19, berupaya menurunkan jumlah kes pencerobohan daripada 241 kes pada tahun lepas kepada 130 kes setakat September tahun ini.
"Dalam usaha mengekalkan prestasi seperti itu, kesiapsiagaan aset dan sumber manusia APMM perlu berada pada tahap terbaik agar pengoperasian agensi ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan," katanya.
Mohd Zubil berkata langkah itu juga bagi memelihara keselamatan dan keamanan perairan negara daripada sebarang ancaman jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan pendatang asing, dadah dan pencerobohan bot nelayan asing yang mencuri hasil laut negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

APMM memerlukan aset yang sesuai dan mampu bertahan lama di laut agar rondaan serta penguatkuasaan di persempadanan lebih efektif. - Foto fail/BERNAMA

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.