KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan memberikan moratorium hutang tanpa faedah ke atas semua jenis pinjaman menerusi Bajet 2023.
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, ini kerana Bajet 2023 perlu benar-benar fokus kepada membantu rakyat yang cukup terkesan disebabkan pandemik COVID-19.
"Moratorium Hutang Tanpa Faedah perlu diberikan ke atas semua jenis pinjaman termasuk kredit kecuali hutang kad kredit di bawah kawalan semua Kementerian bermula daripada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022.
"Ini sekiranya jumlah hutang pokok keseluruhannya tidak lebih daripada RM1,000,000.00 termasuk mereka yang ada tunggakan melebihi 180 hari," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kerajaan mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Majikan untuk tempoh Januari-Disember 2023 sebagai langkah persediaan menghadapi keadaan kemelesetan ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun depan.
Ujarnya, meskipun menyedari langkah itu akan mengurangkan simpanan caruman KWSP pekerja, pertimbangan wajar dibuat demi kelangsungan sektor pekerjaaan dan mengurangkan jumlah pengangguran.
"Sebab itu kita sebut pengurangan KWSP sepanjang 2023 sahaja. Cadangan ini mengambil kira aliran tunai pada masa depan kerana pada 2023 kita jangka akan berlaku cabaran hebat terhadap pekerjaan dan banyak perniagaan akan gulung tikar.
"Jadi kita perlu kurangkan perbelanjaan supaya perniagaan dapat terus bertahan. Apabila perniagaan stabil majikan tidak perlu buang pekerja dan pengangguran di Malaysia tidak meningkat," katanya.
Pada masa sama, MTEM juga mahu kerajaan memberi perhatian terhadap perlindungan daripada kemuflisan dengan mencadangkan Pindaan Seksyen 5(1)a Akta Insolvensi menaikkan had RM100,000 kepada RM1,000,000 bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2025.
"Seksyen 466(1)(a) Akta Syarikat yang sedia ada dipinda daripada RM50,000 (RM10,000 dulu sebelum Covid-19) dipinda dengan menaikkan jumlah kepada RM500,000," ujarnya.
Selain itu, turut dicadangkan agar dasar perolehan kerajaan diberikan untuk Bumiputera sebanyak 90 peratus manakala perolehan GLC sebanyak 50 peratus untuk Bumiputera daripada segi nilai dibawah kerangka Agenda Bumiputera Genuine dalam semua bidang.
MTEM juga mahu peruntukan untuk semua agensi pengupayaan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditambah 30 peratus khusus untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan 13.
Kerajaan juga dicadang memperuntuk RM200 juga bagi kempen-kempen nasional seperti "Belilah Barangan Malaysia', 'Buy Malaysian First' dan 'Buy Muslim First' sebagai agenda pembangunan rantaian bekalan Bumiputera. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 27 2022
![Bajet 2023: Moratorium tanpa faedah, kurang caruman KWSP majikan Bajet 2023: Moratorium tanpa faedah, kurang caruman KWSP majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664318792_MajlisTindakanEkon.jpg)
Abdul Halim (dua dari kiri) ketika sidang Akhbar MTEM dan Gabungan NGO Bumiputera di ibu negara pada Selasa. - Foto Sinar Harian
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682997372_KBS.jpg)
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
![MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678077905_midfresearch.jpg)
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
![Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677228944_vape.jpg)
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
![Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677126024_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
![Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677045222_TBpakmail.jpg)
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
![Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675917556_MRT.jpg)
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
![BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675915964_TBBATMSIA.jpg)
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
![Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675834286_KementerianKewangan.jpg)
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
![2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz 2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675678827_DatukOnnHafiz.jpg)
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
![Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668018487_MELAKA.jpg)
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.