KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun kos sara hidup (Cola) kepada pekerja di sektor swasta dalam Bajet 2023.
Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata kerajaan perlu menggalakkan majikan di sektor swasta untuk memberikan elaun Cola, yang ketika ini dinikmati oleh penjawat awam bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Selain itu, beliau mencadangkan supaya satu inisiatif khas bagi perubatan disalurkan dalam memastikan kesejahteraan pekerja dan mereka yang sudah bersara mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
"Pada masa yang sama kita lihat (laporan) tentang kos-kos perubatan yang telah meningkat, ada pekerja yang menjaga ibu bapa mereka dan negara kita pun ke arah negara tua sekarang ini.
"Kita harap dalam bajet akan datang kerajaan boleh memasukkan bagaimana untuk membantu pekerja-pekerja dari segi perubatan dan kita lihat ramai yang terkesan.
"Kalau kita lihat dalam laporan akhbar minggu lepas pekerja-pekerja yang telah bersara 60 tahun, (sudah) kembali bekerja. Kenapa? Sebab mereka memerlukan (pendapatan) untuk menampung kos-kos perubatan mereka," katanya dalam program Niaga AWANI, di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Mohd Effendy berkata MTUC turut menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mewujudkan skim pencen kepada pekerja sektor swasta selepas kumpulan itu bersara.
Jelas beliau, kerajaan, majikan serta para pekerja boleh membincangkan mekanisme untuk memperluaskan skop caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada skim pencen.
"Sudah tentu untuk kita perluaskan skop tersebut, kita memerlukan sedikit dana atau caruman itu mungkin ada sedikit peningkatan.
"Jadi, bagi MTUC kita menyambut baik dan bersedia untuk berbincang dengan kerajaan bagaimana mewujudkan pencen pekerja-pekerja swasta ini," ujar Mohd Affendy lagi.
Mengulas lanjut, Mohd Effendy menambah kerajaan juga perlu membantu majikan yang terbabit dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam menggalakkan mereka melaksanakan gaji minimum RM1,500.
Katanya, penangguhan pelaksanaan gaji minimum sehingga akhir tahun ini kepada PMKS, disifatkan satu bentuk ketidakadilan buat para pekerja.
"Dalam bajet akan datang ini kerajaan perlu juga membantu majikan PMKS. Contohnya, di Sabah dan Sarawak banyak gaji minimum yang tidak dijalankan sebab majikan mungkin ada sedikit kurang kemampuan.
"Bajet 2023 ini kerajaan perlu bantu mereka untuk kelangsungan melalui pemberian inisiatif atau pengecualian cukai supaya PMKS dapat membantu pekerja-pekerja yang berada di bawah gaji RM1,500," katanya.
Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini di Dewan Rakyat.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 21 2022

Mohd Effendy (kiri) hadir pada program Niaga AWANI hari ini menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober. - Foto Astro AWANI
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.

Bajet 2023 bentang atau tidak, tunggu esok - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak menunggu esok (Jumaat) bagi menjawab teka teki sama ada Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat.

PRU15: Amal kompromi politik, dahulukan kepentingan rakyat - Penganalisis
Kerajaan dan pembangkang perlu mengamalkan kompromi politik untuk memulihkan semula ekonomi daripada menggesa pembubaran Parlimen dan PRU15 diadakan segera, kata penganalisis politik.