KUALA LUMPUR: Felcra Bhd menjelaskan baki tunggakan pinjaman pembangunan tanah pesertanya sebanyak RM312.22 juta sehingga 31 Dis 2021 telah ditukar status daripada pinjaman kerajaan kepada ekuiti kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mat Roni Zakaria berkata penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam Felcra termasuk jumlah RM312.22 juta itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Khamis, 4 Ogos 2022.
"Kelulusan ini telah memberi ruang kepada Felcra untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagi jangka masa panjang yang sekali gus dapat melunaskan tanggungjawab sosial kepada peserta dengan lebih besar dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan tersebut adalah bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 yang dikeluarkan Khamis lalu menyebut jumlah pinjaman pembangunan tanah peserta Felcra yang tertunggak sehingga 31 Dis 2021 adalah sebanyak RM312.22 juta.
Mat Roni berkata langkah penukaran itu juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap isu bebanan hutang pembangunan tanah yang dihadapi oleh Felcra.
Jelasnya, sebagai sebuah entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan), Felcra mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan dua teras utama pengoperasian syarikat perlu dilunaskan iaitu operasi perniagaan komersial dan mandat sosial syarikat untuk rakyat khususnya kepada peserta Felcra.
Beliau berkata walaupun Felcra berdepan dengan laporan kewangan yang kurang memberangsangkan dari aspek tunggakan hutang dan keupayaan membayar dividen kepada kerajaan, aspek pengurusan kewangan akaun peserta (projek penyatuan dan pemulihan) tetap menjadi agenda utama syarikat itu.
Felcra mencatat jumlah agihan dividen yang baik iaitu sebanyak RM163 juta pada 2020, RM478 juta pada 2021 dan RM517 juta pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023

Felcra mencatat jumlah agihan dividen yang baik iaitu sebanyak RM163 juta pada 2020, RM478 juta pada 2021 dan RM517 juta pada 2022.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.

Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.

Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.

FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.

5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.

FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.

KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.