Pembinaan dua daripada tiga bangunan 8 Conlay di ibu negara yang condong dan seakan-akan menyerupai bangunan 'berpelukan', adalah berkonsepkan ‘Yin dan Yang’, iaitu keseimbangan dalam kehidupan, menurut pereka bangunan itu, Hud Bakar dari RSP Architects Kuala Lumpur.
Katanya, bangunan itu dibina menggunakan teknologi perisian komputer yang canggih bagi menjamin keunikan setiap tingkat pada bangunan kediaman berservis tersebut, tanpa mengabaikan faktor keselamatan.
“Sebagai arkitek, kami harus berfikir lebih mendalam apabila ingin mereka bentuk sebuah bangunan yang condong seperti ini kerana ia tidak senang, setiap satu lantai mempunyai ofset atau perbezaannya tersendiri.
“Menstruktur bangunan ini juga memerlukan pengiraan yang teliti kerana ia bukan seperti bangunan lurus yang lain dan mempunyai daya yang berbeza pada setiap tingkat,” kayanya ketika ditemui Astro AWANI di satu sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Sementara itu, Hud berkata bangunan kediaman berservis, bersilang dan berkembar tertinggi dunia itu direka sedemikian sejak dari awal, sekali gus menjamin keselamatan dan kesihatan semua.
Menurutnya lagi, penularan bangunan "senget" dianggap sebagai sesuatu yang positif di mana ia dapat membuka mata rakyat Malaysia terhadap intipati industri reka bentuk dan arkitek.
Disember lalu, sebuah bangunan tinggi di tengah-tengah Kuala Lumpur tular di media sosial kerana bimbang akan tumbang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kini, pembinaan bangunan tersebut sudah mencecah tingkat ke 30 dan dijangka siap akhir tahun ini.
BACA: Bertenang... Bangunan 'senget' di tengah KL memang begitu, tidak akan tumbang
Saraya Mia
Thu Jan 16 2020
Hud Bakar, pereka 8 Conlay dari RSP Architect Kuala Lumpur di sidang media serta pameran pengalaman 8 Conlay, Bukit Bintang - Astro AWANI/Saraya Mia
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Bangunan 'senget' berkonsepkan 'Yin dan Yang'
Pembinaan dua daripada tiga bangunan 8 Conlay yang condong dan seakan-akan menyerupai bangunan itu berpelukan, adalah berkonsepkan Yin dan Yang, iaitu keseimbangan dalam kehidupan.