KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing berikutan kekurangan instrumen ekuiti patuh syariah dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata institusi kewangan di Malaysia, seperti bank-bank utama, masih dikategorikan sebagai konvensional, walaupun sebahagian besar perniagaan mereka kini dalam bentuk patuh syariah.
"Contohnya, lebih 60 peratus daripada jumlah pembiayaan Maybank sudah patuh syariah. Dalam pendekatan tipikal, kami ingin menggalakkan bank-bank ini menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam mereka.
"Walau bagaimanapun, akan ada beberapa cabaran kerana kebanyakannya beroperasi mengikut model leveraj, bermakna perniagaan perbankan Islam mereka memanfaatkan rangkaian cawangan, pasukan pengurusan semasa dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada Persidangan Pelaburan Syariah 2023 anjuran CGS-CIMB Securities Sdn Bhd di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kehadiran pemegang saham minoriti dan transaksi pihak yang berkaitan adalah antara isu yang perlu diteliti jika institusi kewangan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam mereka secara berasingan.
Justeru, Abdul Wahid menekankan terdapat keperluan untuk institusi kewangan mula memikirkan instrumen lain yang akan membolehkan sebahagian daripada ekuiti mereka didagangkan di pasaran patuh syariah.
"Kami ingin menggalakkan peserta pasaran memikirkan cara untuk kita boleh memiliki lebih banyak instrumen ekuiti patuh syariah dalam sektor perkhidmatan kewangan dan ia adalah usaha kolektif bagi semua pihak.
"Sebelum ini, saya pernah memberitahu mengenai keperluan untuk menetapkan beberapa saham sebagai saham patuh syariah.
"Perkara yang anda perlu lakukan adalah memperuntukkan dan menjamin operasi perbankan Islam sebagai sumber pembayaran dividen dan sebagainya," katanya.
Beliau juga menekankan bahawa pihak bursa mengunjurkan prospek yang lebih positif dalam pasaran ekuiti Islam pada separuh kedua 2023.
"Memandangkan kadar faedah global telah mencapai tahap kemuncaknya, kita akan melihat kembalinya aliran pelaburan dari pasaran maju ke dalam pasaran pesat membangun seperti Malaysia dan negara Asean lain.
"Apabila mereka (pelabur) masuk ke pasaran, ia akan meningkatkan bukan sahaja ekuiti patuh syariah malah juga keseluruhan pasaran yang lebih luas di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing berikutan kekurangan instrumen ekuiti patuh syariah dalam sektor perkhidmatan kewangan. -Gambar fail/Bernama

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.

Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.

Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.

Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.

Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah

WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.

Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.

Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.

Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.