Kerajaan perlu terus memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Proton jika mahukan pembuat kereta nasional itu kekal berdaya saing.
Ini pandangan yang dinyatakan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.
"Sebagai jenama kereta nasional, kerajaan telah memberi bantuan yang banyak sejak ia ditubuhkan. Jika Proton perlukan bantuan daripada kerajaan Malaysia, mereka boleh buat rayuan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk bagi atau tidak," kata Aishah selepas sidang media My Auto Fest 2016 di ibu pejabat MAA.
Menurut Aishah, masa depan Proton bergantung kepada kualiti produk keluarannya untuk mendapatkan semula minat daripada rakyat Malaysia.
"Proton mempunyai produk yang bagus dan potensi untuk bergerak jauh. Kami berharap Proton dapat terus bertahan demi masa depan industri auto tempatan.
"Pada masa sama Proton yang mempunyai kerjasama bersama Suzuki, akan dapat memperkenalkan lebih banyak model baru dengan menggunakan platform Suzuki. Ini diharapkan dapat meningkatkan jualan Proton tahun ini," katanya.
Pada tahun 2015, Perodua berjaya mengatasi rekod jualan Proton dengan 213,300 kenderaan terjual berbanding Proton yang hanya menjual kira-kira 100,000 unit kenderaan.
Mengulas mengenai perubahan dalam struktur organisasi syarikat itu, Aishah berkata ia dilakukan demi kebaikan dan masa depan Proton.
Proton pada 1 April lalu melantik Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru menggantikan Datuk Abdul Harith Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan DRB-Hicom.
Sementara itu, My Auto Fest 2016 yang akan berlangung pada 20 hingga 22 Mei ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk merebut tawaran istimewa oleh pengedar kenderaan.
Ia susulan kejatuhan dalam paras jualan kenderaan (TIV) bagi bulan Januari hingga Februari 2016 berbanding tempoh sama tahun lalu.
TIV industri kereta Malaysia bagi dua bulan pertama 2016 direkodkan pada 82,465 unit, 24.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 100,992 unit.
Menurut Aishah, kejatuhan ini antaranya disebabkan oleh kelulusan pinjaman yang lebih ketat oleh bank-bank tempatan.
Malik Ridhwan
Wed Apr 06 2016

Proton mempunyai produk yang bagus dan potensi untuk bergerak jauh. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, dilaporkan meninggal dunia di Jeddah pada 2 Februari.

Kenaikan bahan mentah punca harga kenderaan dijangka meningkat
Masalah kekurangan bekalan cip komputer turut memberi kesan kepada harga kenderaan di negara ini.

Harga kereta CKD dijangka meningkat 8.0 hingga 20 peratus tahun hadapan - MAA
Ia berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu.

MAA unjur TIV berkembang 17.9% kepada 600,000 unit tahun ini
MAA unjur TIV berkembang 17.9% kepada 600,000 unit tahun ini | Dagang News

Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.

Bantu Proton untuk kekal berdaya saing - Presiden MAA
Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata, masa depan Proton bergantung kepada kualiti produk keluarannya untuk mendapatkan semula minat daripada rakyat Malaysia.