KUALA LUMPUR: Banyak yang masih perlu dilakukan untuk mencapai aspirasi ekonomi digital Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata meskipun secara keseluruhannya Malaysia telah melakukan yang terbaik, kemajuan pasca COVID-19 agak mencabar.
Mustapa berpandangan untuk merealisasikan hasrat digital negara itu, pendekatan keseluruhan Malaysia diperlukan agar rakyat, menerusi konsep Keluarga Malaysia, dapat bergerak kehadapan bersama-sama.
Ekonomi digital Malaysia dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2025.
"Kita perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi bagi rakyat Malaysia.
Mustapa berkata, Malaysia menyasarkan 90 peratus daripada PMKS di Malaysia mendigitalkan operasi perniagaan mereka dan sumbangannya kepada KDNK dianggarkan meningkat kepada 45 peratus.
Bagi memperkasakan ekonomi digital, Malaysia juga perlu melahirkan lebih ramai tenaga kerja teknikal berkemahiran.
"Kita perlu lebih menumpukan untuk menambah baik ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), bagi mempersiapkan para graduan agar lebih bersedia pada masa depan.
"Bagi pembangunan inklusif, kita perlu memastikan akses yang saksama kepada perkhidmatan jalur lebar dan digital yang mampu milik dan berkualiti agar golongan miskin tegar, B40 dan kumpulan rentan tidak tercicir," katanya.
Selain itu, katanya, sektor swasta akan terus menjadi rakan pembangunan penting kepada kerajaan.
"Pelaburan sektor swasta, asing dan domestik, akan terus menjadi penting dalam beberapa bidang seperti untuk mengembangkan industri strategik berimpak tinggi kita, memacu agenda ekonomi hijau dan membina prasarana digital yang saksama," katanya.
Laporan sulung Tech for Good Institute itu mengetengahkan prasarana digital Malaysia dan penerimagunaan digital tinggi oleh pengguna.
Kira-kira 67 peratus penduduk Malaysia mempunyai akses digital menerusi langganan telefon mudah alih dan 83 peratus daripada kumpulan ini telah menerimaguna pembayaran digital menerusi e-wallet mudah alih.
Pengguna Malaysia juga celik digital dengan 83 peratus daripadanya telahpun membuat pembelian menerusi dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

MUSTAPA: Kita perlu lebih menumpukan untuk menambah baik ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), bagi mempersiapkan para graduan agar lebih bersedia pada masa depan. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Banyak yang masih perlu dilakukan untuk capai aspirasi digital Malaysia - Mustapa
Meskipun secara keseluruhannya Malaysia telah melakukan yang terbaik, kemajuan pasca COVID-19 agak mencabar.