KUALA LUMPUR:Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata semakan status kelulusan boleh dibuat mulai esok melalui portal https://gkp.hasil.gov.my.
Bagi memastikan PKS mikro benar-benar layak menerima bantuan ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, katanya setiap permohonan rayuan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah disemak silang atau diverifikasi dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 dan 21 Dis 2020.
Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion.
Di bawah GKP 1.0 dan 2.0, lebih 850,000 PKS mikro di seluruh negara telah menerima manfaatnya dengan keseluruhan bantuan berjumlah RM2.55 bilion.
Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
GKP 2.0 dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan peniaga ekoran penularan pandemik COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan mereka.
Bagi tahun 2021, kerajaan di bawah Belanjawan 2021 memperuntukkan RM50 juta bagi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan yang akan diberikan kepada 50,000 peniaga dan penjaja di Sabah.
Perluasan inisiatif bantuan GKP Tambahan atau GKP PERMAI seperti diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) melibatkan peruntukan tambahan hampir RM830 juta.
Ia dijangka akan memberi manfaat kepada 815,000 PKS di semua negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran RM1,000 manakala 35,000 PKS di luar kawasan PKP akan menerima RM500.
"Kerajaan berharap bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya PKS mikro yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP atau PKP Bersyarat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

GKP 2.0 dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan peniaga ekoran penularan pandemik COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan mereka. - Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pertumbuhan positif petanda asas makro ekonomi kekal berdaya tahan - Shan Saeed
Katanya, penghargaan penuh harus diberikan kepada kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakub.

Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.