KUALA LUMPUR: 'Makcik Kiah' dilihat sudah tidak mendapat bantuan melalui Belanjawan 2021 yang diumumkan kerajaan.
Penyelidik Kanan, DM Analytica, Zouhair Rosli berkata, Bantuan Khas Prihatin yang diberikan kepada golongan bekerja sendiri seperti 'Makcik Kiah' tidak mencukupi dan mereka tetap perlu dibantu tahun hadapan.
"Yang tidak bagusnya Belanjawan 2021 ini ialah, pertama, bantuan untuk Makcik Kiah sudah tidak ada. Sebelum ini kita ada Bantuan Khas Prihatin, walaupun ada Geran Khas Prihatin, tetapi itu tidak mencukupi iaitu sebab ia one-off. Sebanyak RM3,000 diberi, itu sahaja. Tahun depan Makcik Kiah tak dapat apa-apa melainkan pinjaman," katanya semasa menjadi tetamu program Agenda Awani sempena Belanjawan 2021 di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah memberi contoh 'Makcik Kiah' yang menerima manfaat lebih RM8,600 daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
BACA: LAPOR LANGSUNG: Belanjawan 2021 - Teguh Kita, Menang Bersama
Ujarnya, golongan itu perlu perhatian kerana paling teruk terkesan kerana penularan pandemik COVID-19.
"Kita tengok data sendiri yang menunjukkan begitu. Jabatan Perangkaan menunjukkan walau ramai masuk pasaran buruh atau pengangguran itu rendah, namun yang paling perlahan jumlah mereka masuk ke pasaran buruh ialah mereka yang bekerja sendiri. Perkara ini harus ini kita fokus. Kita mampu untuk belanja untuk mereka ini," ujar beliau.
Dalam pada itu, subsidi upah yang diumumkan kerajaan selama tiga bulan lagi disifatkan masih terlalu rendah.
"Subsidi gaji dilanjut tiga bulan lagi dan ia hanya sesetengah sektor iaitu peruncitan dan pelancongan. Ini adalah terlalu sedikit. Kita tahu PKS secara keseluruhan mempunyai masalah cash flow. Kalau tak diatasi, kita akan mengakibatkan impak yang negatif kepada pekerjanya.
"Kita ingat ramai yang bekerja di syarikat-syarikat yang besar, namun daripada 100 orang makan yang makan gaji, 60 orang kerja di PKS. Mereka akan kehilangan pekerjaan," tambahnya.
Tambahnya, bantuan subsidi upah yang diberikan ketika ini hanyalah RM600 iaitu merangkumi 25 peratus daripada gaji penengah.
"Singapura beri 75 peratus daripada gaji penengah. Kalau kita naikkan lagi seribu sebulan kepada semua pekerja PKS, kosnya adalah RM37 bilion. Kita mampu belanja untuk mereka," ujar beliau.
Selain itu, dari segi pendidikan, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan belajar terutama untuk pelajar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"Mengenai internet, kita juga perlu sediakan kepada mereka peralatan dan peranti belajar.
"Di kalangan isi rumah PPR, ramai mengggunakan telefon pintar untuk belajar, 80 peratus lagi pelajar di situ tiada laptop," kata beliau lagi.
Rahimah Abdullah
Fri Nov 06 2020

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini. - fotoBERNAMA

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Belanjawan 2021: 'Bantuan untuk 'Makcik Kiah' sudah tidak ada' - Penganalisis ekonomi
Bantuan Khas Prihatin yang diberikan kepada golongan bekerja sendiri seperti 'Makcik Kiah' tidak mencukupi dan mereka tetap perlu dibantu tahun hadapan.

Ini sebab Mak Cik Kiah, Pakcik Salleh, FB Masak Apa Tak Jadi masuk dalam perutusan PM
Perdana Menteri mengambil pendekatan sedemikian supaya rakyat tahu kerajaan bersama-sama dengan mereka dalam tempoh sukar ini.