KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menempatkan negara dalam kedudukan strategik untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, kata pakar ekonomi.
Mereka yakin Malaysia, yang telah dilihat oleh pelabur asing sebagai destinasi pelaburan yang cemerlang berikutan mudah untuk menjalankan perniagaan, mengukuhkan kelebihan daya saingnya dalam pasaran serantau.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata kerajaan telah memberikan komitmennya untuk memacu ekonomi negara selain melindungi kesejahteraan melalui pelbagai langkah dalam Belanjawan 2021, dengan banyak insentif untuk penjagaan kesihatan dan mewujudkan pekerjaan.
Beliau berkata tahun ini amat mencabar berikutan ramai yang kehilangan pekerjaan. Kerajaan perlu menggunakan peruntukan, mungkin lebih banyak daripada sebelumnya selain mencapai keseimbangan antara menghadapi terlalu banyak hutang dan meliputi masyarakat tetapi ini membawa kepada kenaikan ringgit dan aliran dana mula kembali ke negara ini.
Bagi RCEP, katanya pemansuhan tarif ke atas eksport produk pembuatan memberi kelebihan berikutan ekonomi Malaysia yang terbuka akan terus ditingkatkan oleh kemudahan perdagangan bebas.
Aspek yang menarik bagi Malaysia ialah kedudukan geografinya, yang memberi banyak kelebihan.
"Saya berpendapat Malaysia berada di kedudukan yang unik untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) berikutan syarikat asing merancang untuk memindahkan operasi mereka dari China (berikutan perang perdagangan)," katanya kepada Bernama, sambil menambah ekonomi China yang kukuh dan berita baik mengenai vaksin turut membantu memacu sentimen.
Sementara itu, Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak Datuk Shazali Abu Mansor, berkata Program Jaringan Prihatin dan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2021 akan mendorong infrastruktur digital Malaysia.
Beliau juga berkata Malaysia bernasib baik kerana mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi dan profesional untuk bersaing dengan negara serantau lain dalam menarik FDI, dan pakej insentif bernilai RM1 bilion untuk teknologi dengan nilai tambah tinggi dalam Belanjawan 2021 melengkapkan keseluruhan ekosistem.
"Sebuah negara dengan infrastruktur yang baik, dasar fiskal kerajaan yang berhemat, persekitaran mudah untuk menjalankan perniagaan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi antara komponen utama yang akan dilihat oleh pelabur dalam memilih destinasi pelaburan mereka.
"Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia masih bergantung kepada pelabur asing untuk pembangunan pertumbuhan jangka sederhana hingga panjang dan saya berpandangan Belanjawan 2021 benar-benar mencerminkan imej kita -- sebuah negara yang berusaha untuk memperoleh pelaburan asing," katanya.
Pada Oktober 2019, 'Doing Business 2020 Report' oleh Bank Dunia meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-12 dalam kalangan 190 ekonomi dari seluruh dunia, satu peningkatan daripada kedudukan ke-15 pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Shazali dan Innes berpendapat percukaian di bawah belanjawan itu perlu lebih menggalakkan untuk menarik lebih banyak perniagaan menerusi FDI.
Ini memandangkan landskap ekonomi global menjadi semakin lebih kompetitif dalam situasi ekonomi semasa berikutan pandemik COVID-19, menurut mereka.
"Berbanding dengan negara jiran, Singapura, contohnya, ia menawarkan konsesi cukai yang besar untuk menarik pemindahan perniagaan.
"Jadi, kerajaan mungkin perlu menawarkan lebih banyak pengurangan cukai korporat," menurut Innes.
Shazali pula berkata kerajaan seharusnya meneliti perspektif jangka panjang, khususnya kesan limpahan yang diwujudkan syarikat multinasional apabila mereka memindahkan perniagaan ke Malaysia, seperti penciptaan pekerjaan, peluang perniagaan, pengangkutan, makanan, akomodasi dan lain-lain.
"Kita tidak berada di pihak yang mengalami kerugian, ia merupakan perjalanan yang panjang dan Malaysia akan meraih manfaat besar sekiranya kerajaan mengurangkan sedikit cukai," katanya.
Kerajaan telah menawarkan kadar cukai khas menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk syarikat pembuatan tertentu yang memindahkan perniagaan mereka ke Malaysia dan membawa masuk pelaburan baharu.
Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan turut bercadang melanjutkan permohonan insentif itu sehingga 31 Dis, 2022 manakala skop insentif cukai juga diperluaskan kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan tertentu yang mewujudkan kesan pengganda ketara dengan menyediakan kadar cukai pendapatan sifar hingga 10 peratus bagi tempoh 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020
![Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602240287_suriaklcc.jpg)
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata kerajaan telah memberikan komitmennya untuk memacu ekonomi negara selain melindungi kesejahteraan melalui pelbagai langkah dalam Belanjawan 2021. - Bernama
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958906_TBBenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
![UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308231_immigrationcrackdow.jpg)
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
![Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708872868_BarjoyaiBardai.jpg)
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
![RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733690925_ISMAILSABRIYAAKOB.jpg)
RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berpotensi besar menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kesalinghubungan di rantau Asia Pasifik.
![Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709912120_HairilYahri.jpg)
Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.
![Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
![Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689920187_anwar.jpg)
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
![Perdagangan luar China lepasi RMB20 trilion Perdagangan luar China lepasi RMB20 trilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689343635_chinalepasirmb.jpg)
Perdagangan luar China lepasi RMB20 trilion
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) menyifatkan prestasi itu selaras dengan jangkaan selepas meraih pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus.
![Sri Lanka minta sokongan Indonesia untuk sertai RCEP Sri Lanka minta sokongan Indonesia untuk sertai RCEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689258006_srilanka.jpg)
Sri Lanka minta sokongan Indonesia untuk sertai RCEP
Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry, bertemu dengan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, di Jakarta pada Khamis.
![RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan semua 15 ahli RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan semua 15 ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685699191_TBRCEP.jpg)
RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan semua 15 ahli
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat, menandakan kesemua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.
![FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598400615_TanSriSohThianLa.jpg)
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
![MYEG meterai perjanjian dengan China Customs bagi pemudahan perdagangan rentas sempadan MYEG meterai perjanjian dengan China Customs bagi pemudahan perdagangan rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671603837_MYEG.jpg)
MYEG meterai perjanjian dengan China Customs bagi pemudahan perdagangan rentas sempadan
Sijil lain yang berkaitan dengan perdagangan rentas sempadan seperti jaminan makanan, kuarantin dan dokumen kargo juga boleh dikeluarkan di platform blockchain itu.