KUALA LUMPUR: Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) melihat Belanjawan 2023 berorientasikan pertumbuhan yang responsif dan inklusif merangkumi rakyat, perniagaan dan industri yang pelbagai.
Presidennya, Tan Sri Low Kian Chuan berkata belanjawan itu juga menyepadukan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat ke dalam amalan perniagaan untuk meningkatkan daya tahan dan kemampanan ekonomi yang akan menampan terhadap kejutan alam sekitar dan ekonomi masa depan.
"Ucapan belanjawan menunjukkan komitmennya untuk membina semula ruang fiskal untuk kejutan ekonomi masa depan.
"Ini termasuk pendekatan rasionalisasi subsidi yang lebih disasarkan, mengurangkan hutang dan liabiliti secara beransur-ansur, meneroka sumber baharu yang mendatangkan hasil yang mampan dan meminimumkan ketirisan serta mengutamakan perbelanjaan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Low berkata walaupun belanjawan mencatat rekod perbelanjaan pembangunan tinggi baharu sebanyak RM97.0 bilion, kerajaan tetap komited sepenuhnya terhadap penyatuan fiskal dan memastikan kemampanan hutang kerana ia menyasarkan pengurangan defisit bajet kepada 5.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau RM93 .9 bilion pada 2023, daripada 5.6 peratus daripada KDNK atau RM99.5 bilion pada 2022.
Beliau berkata pembaharuan perniagaan dan ekonomi yang berterusan harus menjadi keutamaan bagi kerajaan semasa, dan melaksanakan langkah-langkah untuk memudahkan menjalankan perniagaan, menggiatkan semula pelaburan, menjana pekerjaan, rejim cukai yang kompetitif dan iklim pelaburan yang kondusif, serta perkhidmatan penyampaian awam yang cekap, akan membantu Malaysia mendapatkan keyakinan pelabur dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Low berkata bajet itu juga sesuai difokuskan untuk meningkatkan sokongan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menyediakan kemudahan dan jaminan kredit serta langkah insentif lain.
"Kami mengalu-alukan pengurangan kadar cukai pendapatan syarikat PMKS kepada 15 peratus daripada 17 peratus (menghasilkan penjimatan cukai sebanyak RM450 juta yang memanfaatkan 150,000 PKS), tetapi cukai ambang keutamaan harus disemak lebih tinggi kepada RM1 juta atau pada ambang semasa sebanyak RM600,000 daripada cadangan belanjawan RM150,000 untuk membantu mereka lebih berdaya saing dan mempunyai kelonggaran untuk melabur semula daripada penjimatan cukai," katanya.
Katanya, walaupun terdapat insentif untuk sektor swasta mengambil graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), PMKS memerlukan bantuan kewangan untuk membantu mengurangkan kos operasi mereka, yang telah mengalami tekanan kos yang meningkat dari semua aspek, termasuk tarif elektrik yang lebih tinggi dan pelaksanaan Akta Pekerjaan (Pindaan).
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023

ACCCIM melihat Belanjawan 2023 berorientasikan pertumbuhan yang responsif dan inklusif merangkumi rakyat, perniagaan dan industri yang pelbagai.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.

Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
![[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir' [KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694414118_KSPRMKPMAnwar.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
![[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara [KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690861845_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.

Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.

Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.

Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.