KUALA LUMPUR: Perjanjian pembekalan gas (GSA) yang dipermudahkan, bekalan gas asli pada kos yang dikurangkan dan pemansuhan ses eksport 0.2 peratus -- perkara ini yang mendapat permintaan tinggi dalam senarai harapan industri sarung tangan getah Malaysia untuk Belanjawan 2024.
Industri menggesa Suruhanjaya Tenaga untuk mempertimbangkan menyemak semula GSA dengan mengguna pakai mekanisme penetapan harga bayar mengikut penggunaan yang lebih adil.
"GSA semasa adalah rumit dengan pelbagai penalti dan syarat ambil atau bayar yang 'ketat', telah menjejaskan pengeluar tempatan dengan ketara serta mengehadkan fleksibiliti dan daya saing pengeluar sarung tangan kita di pasaran antarabangsa," kata Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Oon Kim Hung kepada Bernama.
Katanya MARGMA amat menggalakkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mempertimbangkan menyediakan gas asli kepada Gas Malaysia Bhd dan anak syarikatnya, Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd pada kos yang membolehkan industri bersaing dengan pengeluar luar negara yang menggunakan arang batu.
Beliau berkata langkah sedemikian akan menghasilkan harga tenaga yang lebih rendah dan lebih kompetitif untuk industri sarung tangan getah dan industri lain yang bergantung kepada gas asli di Malaysia.
"Inisiatif ini juga akan membolehkan Malaysia memanfaatkan sumber minyak dan gas aslinya untuk mengeluarkan produk eksport dengan nilai tambah, sekali gus meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia dengan ketara," katanya.
Oon berkata sektor getah kini beroperasi dalam persekitaran paling mencabar, menghadapi persaingan sengit terutamanya dari negara yang mempunyai akses kepada tenaga murah daripada arang batu, seperti China.
Dalam beberapa tahun ini, misalnya, kerajaan China dan Thailand telah mengambil langkah tambahan untuk menawarkan insentif baharu untuk menggalakkan pengekalan aktiviti pembuatan di sempadan mereka.
"Industri kita mempunyai pelbagai pemain daripada peringkat perusahaan kecil dan sederhana hingga konglomerat besar, yang menarik pelaburan langsung asing dengan ketara, serta syarikat awam berhad utama.
"Bagi memastikan kumpulan ini dapat bertahan di Malaysia, langkah-langkah untuk menangani isu kritikal dengan segera adalah diperlukan.
"Tanpanya, menjadi persoalan sama ada industri akan dapat bertahan dalam keadaan semasa dan dapat membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia," katanya.
Begitu juga, Top Glove Corporation Bhd -- pengeluar sarung tangan getah asli terbesar dunia -- berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk menyediakan gas asli pada harga kompetitif kepada pengeluar Malaysia, berbanding mengeksport sumber ini.
"Kos tenaga haba daripada gas asli adalah amat tinggi, menyebabkan pengeluar sarung tangan getah Malaysia kurang berdaya saing berbanding negara pengeluar sarung tangan getah lain yang mempunyai kos tenaga yang lebih rendah.
"Berdasarkan ini, daripada mengeksport sumber asli ini, lebih bermanfaat untuk menyediakan gas asli pada harga kompetitif kepada pengeluar Malaysia berikutan ini akan menggalakkan pertumbuhan aktiviti hiliran, mewujudkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan perniagaan untuk industri sokongan selain meningkatkan nilai eksport dan aliran masuk pendapatan asing," katanya.
Top Glove turut mencadangkan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar yang munasabah, sambil menambah GST adalah sistem cukai yang lebih berkesan, cekap dan telus.
Selain pelaksanaan GST, kumpulan itu berharap kepada pengurangan secara berperingkat untuk kadar cukai korporat serta lanjutan elaun pelaburan semula khas yang tamat pada 2024, dengan notis awal diberikan untuk membolehkan syarikat korporat merancang lebih awal.
MARGMA turut berharap kerajaan akan mempertimbangkan pemansuhan serta-merta ses eksport 0.2 peratus, membolehkan industri terus berdaya tahan dalam situasi semasa yang mencabar dan mengukuhkan daya saing globalnya pada masa depan.
"Industri telah tertakluk kepada ses eksport 0.2 peratus selama lebih 20 tahun, membawa kepada industri sarung tangan getah membayar lebih RM500 juta untuk ses eksport dalam tempoh ini.
"Dalam tahun-tahun terbaik kami, ses 0.2 peratus ini menyumbang sebanyak dua peratus daripada margin keuntungan kasar kami.
"Bagaimanapun, berdasarkan purata harga jualan semasa yang merosot di bawah kos pengeluaran, industri terus membayar ses eksport walaupun mengalami kerugian pada setiap kontena yang dieksport," menurut persatuan itu.
Dibentangkan di Parlimen pada 13 Okt, Belanjawan 2024 akan menjadi belanjawan kedua yang diumumkan oleh kerajaan perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
![Belanjawan 2024: Pengeluar sarung tangan gesa semakan semula GSA, mansuh ses Belanjawan 2024: Pengeluar sarung tangan gesa semakan semula GSA, mansuh ses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Industri menggesa Suruhanjaya Tenaga untuk mempertimbangkan menyemak semula GSA dengan mengguna pakai mekanisme penetapan harga bayar mengikut penggunaan yang lebih adil. -Gambar fail/Bernama
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325859_MADANI.jpg)
Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.
![Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729246539_TBANWARBAJET.jpg)
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
![Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729217959_KampungAngkatMadan.jpg)
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
![Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40 Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729045078_HajibahAlan.jpg)
Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
![Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728308076_tbikankelisangkar.jpg)
Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun
Melalui program berkenaan, penduduk bukan sahaja meraih pendapatan tambahan, malah turut menimba ilmu kemahiran menternak ikan keli.
![UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727614550_UTM.jpg)
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
![SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724325106_faizazmi.jpg)
SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).
![Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703594335_KPKT.jpg)
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
![Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723216028_tbMajlisRamahMesra.jpg)
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998 TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719659927_KarnivalTekunMad.jpg)
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.