BENTONG: Belanjawan Pahang 2023 tetap akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Belanjawan akan diteruskan pada 7 Okt ini...belum ada apa-apa (perubahan setakat ini)," kata beliau ringkas semasa ditemui pemberita pada pembukaan semula laluan FT008 Jalan Bentong-Gua Musang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada pembentangan belanjawan negeri akan tetap diteruskan, mengambil kira spekulasi kemungkinan pembubaran Parlimen akan berlaku dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada pembubaran DUN Pahang akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen, Wan Rosdy berkata perkara itu belum dibincangkan.
Mengulas mengenai pembukaan semula jalan itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan RM5 juta untuk kerja baik pulih selepas berlaku runtuhan cerun dan jalan di kawasan itu sejak November 2021.
"Pembukaan jalan ini memudahkan penduduk terutamanya mereka yang berulang-alik dari Bentong ke Raub yang terpaksa melalui perjalanan jauh menggunakan laluan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) sejak jalan ini ditutup," katanya.
Kerja-kerja baik pulih jalan berhampiran kilang Lee Rubber Co (Pte) Ltd itu bermula pada 20 Jan lepas, namun terpaksa ditangguhkan sementara, selepas berlaku runtuhan tanah akibat hujan lebat pada 18 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Ketika ditanya sama ada pembubaran DUN Pahang akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen, Wan Rosdy berkata perkara itu belum dibincangkan.- Fail BERNAMA
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Belanjawan Pahang 2023 tetap dibentang Jumaat ini - MB
Belanjawan Pahang 2023 tetap akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.