Kalangan pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri, disaran membeli hartanah itu pada tempoh pasca COVID-19 berikutan jangkaan bahawa harga aset itu akan susut.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata terdapat kemungkinan pemaju hartanah menambah nilai (kepada projek atau unit yang ditawarkan) manakala harga yang diminta terhadap hartanah itu pula akan berkurangan.
Selain itu, katanya, persekitaran pembiayaan juga akan lebih kondusif berikutan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berbanding 8.0-9.0 peratus atau pada kadar dua angka sebelum ini.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.
"Oleh itu, ia bukan satu pilihan yang baik sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk membelinya bagi tempoh tertentu walaupun harga dijangka jatuh dalam tempoh singkat pasca COVID-19 serta kemungkinan keadaan pulih pada masa terdekat," katanya dalam persidangan maya bertajuk 'Beli Hartanah Atau Tidak Pasca COVID-19?' anjuran PropertyGuru Malaysia.
Beliau berkata, walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan beberapa langlah bagi membantu orang ramai seperti moratorium mengenai pembayaran balik pinjaman serta penstrukturan semula baki kad kredit tertunggak selama enam bulan, ini tidak memadai untuk mereka yang berhasrat mencari penyelesaian jangka pendek.
Merujuk krisis kewangan Asia 1997/1998, beliau berkata kediaman jenis bertingkat dan rumah teres merupakan kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain sepanjang krisis serta tempoh pemulihan terbabit.
Bagaimana pun, katanya, keadaan mungkin tidak sama bagi tempoh pasca COVID-19 kerana ini merupakan situasi di luar jangka dan tidak pernah dialami sebelum ini.
Pada 3 Mac lepas, BNM bertindak menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus manakala kadar lantai dan siling koridor OPR turut dikurangkan masing-masing pada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.
Oleh itu, berikutan lebih banyak kecairan domestik dan penyusutan ketara permohonan pinjaman, akan menyaksikan institusi kewangan mendapatkan peminjam berkualiti, demikian menurut salah seorang panelis pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyProperty Data Joe Hock Thor.
"Keadaan semasa mungkin disenangi oleh pelabur spekulatif kerana mempunyai pilihan baik bagi mendapatkan aset-aset yang baik. Faktor yang ada ialah dari segi permintaan dan masa.
"Saya juga percaya penurunan harga dan kadar faedah rendah itu akan meningkatkan dari segi pulangan sewa," katanya.
Selain itu, beliau berkata adalah penting untuk kalangan pemain industri hartanah menggunakan Revolusi Perindustrian 4.0 demi masa depan perniagaan, transaksi urus niaga dan volum hartanah mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
![Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437623227_RUMAHPKNS.jpg)
Kediaman jenis bertingkat dan rumah teres merupakan kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain sepanjang krisis serta tempoh pemulihan terbabit. - Gambar fail
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738800210_tbwanitamautKebak.jpg)
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
![MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738797857_TBmotogp.jpg)
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
![Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738795020_tbpesakitkansergen.jpg)
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
![Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738797031_tbKementerianLuarN.jpg)
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
![Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655289504_generic.jpg)
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
![Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714895447_TBVolkswagenKombi.jpg)
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
![Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675502881_Penantianlapantahu.jpg)
Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai
Selepas bertahun-tahun menyewa, akhirnya mereka tekad untuk memohon kemudahan disediakan kerajaan pada tahun 2015.
![Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654751793_DatoSeriDrIsmail.jpg)
Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.
![KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641898183_PanelKPKTReezalM.jpg)
KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
Pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.
![Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635652299_beccathompsonn.jpg)
Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri
Kini setelah mencapai usia 21 tahun, Becca Thompson berjaya membeli sebuah rumah.
![Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81437495338_Perumahan.jpg)
Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru
Portal hartanah PropertyGuru Malaysia mengingatkan mereka yang berhasrat membeli kediaman agar berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berikutan persekitaran pasaran hartanah yang sar
![Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437623227_RUMAHPKNS.jpg)
Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru
Namun diingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.
![Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572127221_TunM.jpg)
Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.
![Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564073190_Boram.jpg)
Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta
Boram mempunyai lebih 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.