KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Belanjawan Negeri 2024 yang akan dibentangkannya Isnin depan, bakal memberi khabar gembira kepada rakyat di negeri itu.
Beliau berkata kerajaan negeri berjaya menambah hasil untuk digunakan buat rakyat di Sarawak.
"Tunggu sahaja belanjawan pada Isnin. Saya akan berikan anda beberapa berita baik untuk manfaat rakyat Sarawak," katanya pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-15 Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di sini malam ini.
Beliau berkata berikutan peruntukan terhad daripada kerajaan Persekutuan, peningkatan hasil yang diperoleh negeri sejak 2017 membolehkan kerajaan negeri membiayai pembangunan dalam SCORE.
"Kadang-kadang bajetnya (daripada kerajaan Persekutuan) tidaklah begitu banyak jika dibandingkan dengan saiz Sarawak, syukur kepada tuhan kita berjaya menambah pendapatan dan memberi semula kepada rakyat," katanya.
Abang Johari berkata sebagai strategi untuk membangunkan seluruh Sarawak hingga 2030, beliau telah menubuhkan sembilan agensi wilayah dengan jumlah peruntukan awal sebanyak RM13.5 bilion untuk agensi berkenaan melaksanakan program pembangunan.
Beliau berkata penubuhan agensi itu membolehkan program pembangunan kerajaan negeri lebih fokus dan berjiwa rakyat.
"Projek mesti datang daripada rakyat melalui pemimpin mereka, YB (Yang Berhormat) dan mereka boleh bekerjasama dan mengenal pasti projek yang akan diberi keutamaan," katanya.
Abang Johari juga menghargai keputusan kerajaan Persekutuan yang membenarkan Sarawak mengambil alih Pelabuhan Bintulu yang akan menjadi langkah strategik untuk meningkatkan kedudukan negeri sebagai pengeluar sumber tenaga boleh diperbaharui terkemuka.
"Jadi, apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meningkatkan pengeluaran tenaga hijau, menambah sumber tenaga boleh diperbaharui dan mempelbagaikan sumber tenaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Abang Johari berkata kerajaan negeri berjaya menambah hasil untuk digunakan buat rakyat di Sarawak.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Berita gembira buat rakyat Sarawak dalam Belanjawan 2024 - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Belanjawan Negeri 2024 yang akan dibentangkannya Isnin depan, bakal memberi khabar gembira kepada rakyat di negeri itu.

Dana khas RM4 bilion untuk pembangunan masyarakat India
Dana tersebut bertujuan untuk membantu membangunkan kaum itu khususnya daripada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan cara yang saksama.