KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation Bhd (BCorp) kembali ke arah keuntungan untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, mencatatkan laba bersih sebanyak RM54.44 juta berbanding kerugian bersih berjumlah RM459.63 juta yang disaksikan dalam tempoh yang sama tahun lepas melalui sumbangan segmen runcit dan hospitalitinya.
Ia mencatatkan perolehan yang lebih tinggi pada RM8.21 bilion daripada RM7.46 bilion.
Perniagaan runcit bukan makanan merekodkan pendapatan yang lebih baik pada tahun kewangan semasa, berkat jualan yang lebih kukuh yang didaftarkan oleh HR Owen.
"Pendapatan yang lebih tinggi itu terhasil daripada permintaan kukuh dengan pemulihan jumlah bekalan secara beransur-ansur yang membawa kepada margin keuntungan kereta terpakai yang lebih baik berikutan gangguan rantaian bekalan yang terdahulu dalam sektor kereta baharu," kata BCorp.
Bagi segmen perniagaan runcit makanan, lonjakan dalam pendapatan telah disumbangkan oleh pertumbuhan jualan kedai yang sama yang lebih tinggi daripada cawangan kafe Starbucks serta daripada pembukaan cawangan baharu yang disaksikan semasa tahun kewangan.
Katanya lagi, kenaikan dalam pendapatan hospitaliti telah diperoleh daripada segmen perniagaan hotel dan resort memandangkan secara keseluruhan, purata penghunian serta kadar bilik adalah lebih baik pada tahun kewangan semasa dengan pelonggaran sekatan perjalanan antarabangsa.
Mengambil kira persekitaran semasa dan sebarang keadaan yang tidak dijangka, BCorp yakin bahawa operasi perniagaannya untuk fiskal 2023 akan menunjukkan prestasi yang lebih baik, walaupun terpaksa menanggung kenaikan kos operasi pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Ia mencatatkan perolehan yang lebih tinggi pada RM8.21 bilion daripada RM7.46 bilion.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Kerugian bersih Berjaya Corp meningkat empat kali ganda akibat boikot Starbucks
Kerugian bersih kumpulan bagi suku kedua berakhir 31 Dis 2023 melonjak kepada RM116.32 juta daripada RM24.81 juta pada 2QFY2022.

Subsidiari Berjaya Corp beli tanah Jepun
Berjaya Corp menjelaskan tanah seluas 2.10 hektar itu merupakan kawasan terakhir yang belum dibangunkan di Yokohama City.

Berjaya Corp kembali untung dengan catatan laba RM54 juta
Ia mencatatkan perolehan yang lebih tinggi pada RM8.21 bilion daripada RM7.46 bilion.

BCorp lantik Muhammad Lukman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Capital
Anak syarikat milik penuh Berjaya Corp Bhd (BCorp), Berjaya Capital Bhd, melantik Muhammad Lukman Musa @ Hussain sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa 16 Mac, 2022.