KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation Bhd (BCorp) telah menjual 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Razer Fintech Holdings Pte Ltd kepada Razer Midas Pte Ltd dengan pertimbangan tunai AS$53.57 juta (RM223.89 juta).
Ketua Pegawai Eksekutif BCorp Jalil Rasheed berkata, Berjaya Fintech Sdn Bhd (BFintech) memiliki 49 peratus kepentingan dalam Razer Fintech, manakala Razer Midas memegang 51 peratus baki kepentingan.
“Berikutan penjualan itu, BFinTech kini memegang 19 peratus kepentingan dalam Razer Fintech," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Kumpulan itu turut menjual 70 peratus kepentingannya dalam Berjaya China Motor Sdn Bhd kira-kira RM13.28 juta secara tunai dan menjual perniagaan percetakannya, Graphic Press Group Sdn Bhd kira-kira RM26.1 juta.
Jalil berkata, penjualan kepentingan kumpulan dalam Razer Fintech dan Berjaya China Motor serta penutupan Graphic Press adalah sebahagian daripada strategi transformasinya untuk menyelaraskan operasi, menjual aset bukan teras, dan menumpukan kepada peluang pertumbuhan yang lebih tinggi merentasi perniagaan terasnya untuk meningkatkan nilai pemegang saham.
“Dalam kes Razer Fintech, ia lebih menarik kerana kami menerima pulangan yang signifikan dalam pelaburan kami dalam masa yang agak singkat," katanya.
Pada Jun tahun lepas, BCorp melancarkan pelan strategik tiga tahun untuk memajukan kumpulan itu ke hadapan sebagai kumpulan pengguna berprestasi tinggi berinstitusi yang memfokuskan kepada segmen perniagaan teras.
Proses itu menurut BCorp bertujuan mengoptimumkan sumber, meningkatkan sinergi dan kecekapan dalam kumpulan, dan mempertingkat tadbir urus korporat dan ketelusan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Nov 27 2021

Jalil berkata BFintech memiliki 49 peratus kepentingan dalam Razer Fintech, manakala Razer Midas memegang 51 peratus baki kepentingan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengasas BCorp Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi, kekal sebagai penasihat
Vincent Tan akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan.

Abdul Jalil didakwa bakal letak jawatan CEO BCorp
Abdul Jalil berkata, keutamaan dalam hidupnya benar-benar berubah apabila dirinya positif COVID-19 dan menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah tanpa gangguan.

Berjaya Corporation jual kepentingan dalam Razer Fintech pada harga RM223.89 juta
Jalil berkata BFintech memiliki 49 peratus kepentingan dalam Razer Fintech, manakala Razer Midas memegang 51 peratus baki kepentingan.

BCorp nafi kaitan dengan Berjaya Investment, gesa orang ramai waspada
Berjaya Corporation Bhd (BCorp) menafikan sebarang penglibatan atau kaitan dengan sebuah entiti yang menggunakan nama palsu, Berjaya Investment Bhd, yang mendakwa sebagai gabungannya.

Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia
Berjaya Corporation Bhd mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi untuk semua kakitangan syarikat itu.

BCorp lantik Jalil Rasheed sebagai CEO Kumpulan baharu
Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melantik Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.