Segenap rakyat perlu terus bersatu dan bekerja sebagai sebuah negara untuk memastikan ekonomi Malaysia bagi 2017 kekal di landasan pertumbuhan, memandangkan tempoh itu dijangka menjadi satu lagi tahun penuh cabaran sejajar ketidaktentuan prospek pertumbuhan dan perdagangan dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara terbuka, Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko luaran yang boleh menggugat pertumbuhan ekonominya dan kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan proaktif dalam menangani cabaran mendatang.
"Harga minyak mentah rendah berpanjangan serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan boleh menjejaskan prospek ekonomi negara pesat membangun dan pengeksport minyak," katanya dalam Prakata Laporan Ekonomi 2016/2017 yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Laporan itu dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Najib berkata negara akan terus mengambil langkah proaktif, bekerja sebagai satu pasukan dan memberi penekanan kepada teknologi digital, inovasi dan kreativiti.
Kelebihan tersebut membolehkan negara terus mengukuh ekonomi dan berhadapan dengan ketidaktentuan luaran, katanya.
"Saya yakin, dengan bersatu, cekal dan berpandangan jauh, kita berupaya membina ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan. Kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 sekali gus membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata kegiatan ekonomi berkembang 4.1 peratus dalam tempoh separuh pertama 2016, didorong oleh kecergasan aktiviti domestik, terutamanya pelaburan dan penggunaan swasta.
"Kerajaan yakin, bagi tahun 2016, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat peratus dan 4.5 peratus dapat dicapai," katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan terus melaksanakan program dan projek mesra rakyat.
Pelbagai usaha bersepadu terus dipergiatkan untuk menangani kos sara hidup, serta menyediakan rumah mampu milik, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti, katanya.
Beliau berkata dari sudut kewangan awam, melalui pelaksanaan pelbagai langkah pengukuhan fiskal, kerajaan telah berjaya mengurangkan paras defisit berbanding KDNK daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus pada 2015 dan dijangka berkurang lagi kepada 3.1 peratus pada 2016.
"Malahan, kerajaan beriltizam mencapai bajet hampir berimbang menjelang 2020," kata Najib.
Menyentuh aspek perdagangan, beliau berkata penglibatan negara dalam perjanjian perdagangan seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik; Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau; dan Perjanjian Perkongsian Malaysia Malaysia-Negara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah akan membolehkan perniagaan Malaysia mengembangkan operasi bagi memenuhi peningkatan permintaan daripada akses pasaran lebih meluas.
"Penglibatan Malaysia dalam perjanjian perdagangan dua hala dan pelbagai hala merupakan langkah strategik negara untuk meraih manfaat daripada gelombang globalisasi yang ketiga dengan nilai perdagangan antarabangsa dijangka mencapai empat kali lebih tinggi pada 2050," kata beliau.
Pada 2016, jumlah perdagangan luar Malaysia dijangka mencecah RM1.5 trilion, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2016

Najib berkata negara akan terus mengambil langkah proaktif, bekerja sebagai satu pasukan dan memberi penekanan kepada teknologi digital, inovasi dan kreativiti. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Kerajaan mungkin perlu ubah suai bajet 2017 - Taxand Malaysia
Kerajaan mungkin perlu mengubahsuai Bajet 2017 pada tahun depan, memandangkan senario ekonomi mungkin tidak begitu menarik pada masa itu, kata Pengerusi Taxand Malaysia Dr Veerinderjeet Singh.

Bajet 2017: Pengurangan peruntukan KPT perlu dilihat secara positif - Idris Jusoh
Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif.

Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada awal Januari 2017.

Bajet 2017: Peruntukan RM25 bilion bagi program kesihatan
Sejumlah RM25 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dalam Bajet 2017 bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini.

Bajet 2017: MyBeautiful New Home bagi kumpulan B40
Kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM200 juta untuk projek MyBeautiful New Home khusus bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik.

Bajet 2017: Anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan
Sebahagian anggota Parlimen dari pakatan pembangkang hari ini bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017.

Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.

Bajet 2017: Kadar BR1M dinaikkan
Kerajaan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) meliputi semua empat golongan penerima.

Bersatu bina ekonomi berdaya saing, berdaya tahan hadapi 2017 - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara terbuka, Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko luaran yang boleh menggugat pertumbuhan ekonominya