KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi kewangan tempatan (fintech) BigPay telah dipilih oleh kerajaan untuk menjadi antara rakan kongsi e-dompet rasmi untuk inisiatif ePemula.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Salim Dhanani berkata pengguna BigPay boleh menuntut kredit RM150 mereka di peniaga luar talian (offline) melalui pembayaran kad BigPay atau ciri pembayaran BigPay DuitNow QR selain mempunyai akses kepada rangkaian penuh perkhidmatan kewangan yang tersedia di platform.
Melalui penyertaannya dalam ePemula, BigPay kekal komited terhadap misinya untuk memacu kesejahteraan kewangan dalam kalangan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ePemula untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai oleh pengguna dan peniaga serta pada masa yang sama, membantu pemulihan pasca-COVID-19 Malaysia.
"Pandemik ini telah menunjukkan bahawa pembayaran digital tidak boleh dinafikan lagi adalah jalan ke hadapan dan merupakan penggerak yang hebat untuk menggalakkan golongan muda Malaysia menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital," katanya.
Salim berkata selain daripada rangsangan RM150, BigPay juga akan memberi ganjaran kepada pengguna ePemulanya dengan tawaran termasuk baucar sehingga RM1,500 daripada airasia, airasia Academy dan Zalora serta pulangan tunai tanpa had daripada peniaga rakan kongsi terpilih, yang digerakkan oleh Pulse iD.
Syarikat fintech itu menambah ia adalah satu-satunya bahagian pemain e-dompet ePemula yang menyediakan kad yang boleh digunakan di lebih 46 juta peniaga di Malaysia dalam talian dan luar talian.
Pengguna yang layak boleh menuntut RM150 mereka mulai hari ini hingga 1 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

BigPay kekal komited terhadap misinya untuk memacu kesejahteraan kewangan dalam kalangan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

Aireen Omar dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia
Aireen Omar hari ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, manakala Riad Asmat dilantik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad yang baharu.