PUTRAJAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 580,700 orang pada 2023 adalah paling rendah sejak pandemik, dengan kadar pengangguran 3.4 peratus, menurut Sorotan Pasaran Buruh Suku Keempat 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan perkembangan ekonomi yang bertambah baik sepanjang suku keempat tahun itu dengan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.6 mata peratus tahun ke tahun, mengekalkan kadar tertinggi iaitu 70.1 peratus berbanding suku sebelumnya.
"Bilangan tenaga buruh bertambah 2.2 peratus untuk merekodkan 16.91 juta orang pada suku keempat 2023, terutamanya didorong oleh kenaikan 2.5 peratus dalam penduduk bekerja, yang merangkumi 16.35 juta orang," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pasaran buruh Malaysia terus bertambah baik pada suku keempat itu walaupun dalam persekitaran yang mencabar kerana permintaan dalam negeri yang lebih tinggi telah mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kepada industri.
"Ini menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran yang disebabkan oleh pengembangan ekonomi hampir kesemua sektor. Hal ini menyumbang kepada permintaan buruh yang lebih kukuh meskipun dengan persekitaran luaran yang mencabar.
"Oleh itu, ekonomi Malaysia berkembang tiga peratus pada suku keempat 2023, lebih rendah daripada pertumbuhan 3.3 peratus pada suku sebelumnya," katanya.
Mengulas situasi guna tenaga tidak penuh, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu mencatatkan pertambahan 6.6 peratus berbanding suku sama pada tahun 2022, dengan sejumlah 286,100 orang.
Pada masa yang sama, katanya guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang merujuk kepada mereka berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah meningkat sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun untuk merekodkan 1.94 juta orang dengan kadar 37.4 peratus atau terdiri daripada lebih satu pertiga penduduk bekerja dengan pendidikan tertiari.
Dari sudut pandangan permintaan buruh, Mohd Uzir berkata jawatan dalam sektor ekonomi mencatatkan peningkatan 2.1 peratus kepada 8.94 juta jawatan berbanding tahun lepas, dengan jawatan diisi merangkumi 97.9 peratus daripada jumlah jawatan berkembang 2.1 peratus kepada 8.74 juta.
Dalam pada itu, beliau berkata permintaan buruh di Malaysia terus bertambah baik pada suku ini ditunjukkan oleh pertumbuhan 0.6 peratus dalam bilangan pewujudan jawatan untuk memenuhi keperluan industri yang merangkumi 31,100 jawatan.
Seiring perkembangan ekonomi pada suku keempat 2023, produktiviti buruh yang diukur berdasarkan nilai ditambah per pekerja meningkat 0.5 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas untuk merekodkan nilai RM25,080 per pekerja.
Mengulas lanjut berkenaan prestasi keseluruhan pasaran buruh bagi 2023, beliau berkata anggaran awal berdasarkan data purata bulanan menunjukkan bilangan penduduk bekerja meningkat 6.0 peratus kepada 16.31 juta orang pada 2023 berbanding 3.1 peratus atau 15.39 juta pada tahun sebelumnya.
Tambahnya bilangan tenaga buruh berkembang 5.4 peratus kepada 16.89 juta orang pada tahun lepas manakala kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.7 mata peratus kepada 70.0 peratus," katanya menambah baki 30 peratus penduduk dalam umur bekerja dikelaskan sebagai luar tenaga buruh.
Walaupun menghadapi cabaran luaran pada 2023, permintaan buruh mengukuh dengan jawatan dalam sektor ekonomi meningkat kepada 8.94 juta dengan 126,500 jawatan telah diwujudkan pada 2023 yang tertinggi dalam siri masa dan melepasi bilangan yang direkodkan pada 2022 iaitu 116,700 dan 2021 (69,500).
Dari segi produktiviti buruh, dengan pertumbuhan ekonomi yang positif sebanyak 3.7 peratus pada 2023, produktiviti buruh per pekerja meningkat 0.9 peratus daripada 5.4 peratus pada 2022 untuk merekodkan RM96,692 per pekerja dengan 2022 mencatatkan RM95,858.
Melangkah ke tahun 2024, Mohd Uzir berkata ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan pemulihan permintaan luaran.
Menurutnya dalam keadaan tersebut, pasaran buruh dijangka kekal stabil pada suku akan datang, selari dengan perkembangan ekonomi semasa dan kemajuan teknologi yang terhasil daripada pelaburan bernilai tinggi yang disokong oleh inisiatif kerajaan yang berterusan.
"Dengan pendekatan proaktif untuk menangani cabaran dan memanfaatkan peluang, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan momentumnya dan memupuk pertumbuhan inklusif bagi kesemua segmen masyarakat.
"Namun begitu, prospek itu tertakluk kepada potensi cabaran global dan domestik serta trend pasaran yang berubah-ubah berpunca daripada situasi luar jangka yang mungkin berlaku pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu mencatatkan pertambahan 6.6 peratus berbanding suku sama pada tahun 2022, dengan sejumlah 286,100 orang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.