KUALA LUMPUR: Syarikat milik Fitch Solutions, BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus, berbeza dengan jangkaan penurunan sebanayak 9.0 peratus sebelum ini.
BMI dalam satu kenyataan berkata semakan itu dibuat berikutan permintaan terpendam yang lebih baik daripada jangkaan untuk kenderaan yang dibeli semasa tempoh pengecualian cukai jualan.
"Kami mengambil maklum bahawa sebelum ini, BMI menjangkakan permintaan akan berkurangan pada suku kedua 2023, bagaimanapun data yang dikumpulkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan bahawa permintaan kekal meningkat sepanjang separuh pertama 2023," katanya.
Pengecualian cukai jualan telah luput pada 30 Jun 2022 dan terdapat tempoh penangguhan pengecualian sehingga 31 Mac 2023 untuk kereta tersebut yang telah ditempah untuk pembelian sebelum tamat tempoh pengecualian cukai jualan.
Pesanan tertunggak diselesaikan susulan gangguan rantaian bekalan, ia bermakna pengeluar kereta tidak dapat memenuhi tempahan, katanya
Menurut MAA, jualan kenderaan meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun dalam tujuh bulan pertama 2023 untuk mencapai 429,807 unit berbanding 381,680 unit dalam tempoh yang sama pada 2022.
Selain itu, BMI percaya permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) akan jauh melebihi permintaan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam tempoh unjuran 2023-2032.
"Kami ketika ini menjangkakan jumlah jualan EV meningkat empat kali ganda pada 2023 walaupun kadar penembusan EV negara (jualan EV sebagai peratusan daripada jumlah jualan kenderaan) akan berada pada hanya 1.8 peratus.
"Walaupun kadar pertumbuhan bagi pasaran EV Malaysia adalah ketara, kami perhatikan ia ketinggalan berbanding 2022 (+870.8 peratus)," katanya.
Melihat kepada pemacu utama pertumbuhan prospektif Malaysia dalam kadar penggunaan EV, BMI menekankan pelanjutan pengecualian duti import bagi komponen untuk pemasangan tempatan EV, pengecualian duti eksais dan cukai jualan untuk kereta EV pemasangan tempatan (CKD) dipasang secara dan pengecualian duti import serta eksais ke atas model import sepenuhnya (CBU).
Satu lagi pertimbangan penting yang dibuat dalam unjuran EV ialah kehadiran pembuatan EV tempatan daripada Volvo dan Mercedes-Benz, katanya.
"Mercedes-Benz menyatakan ia merancang untuk mempunyai 30 peratus daripada semua kenderaannya yang dijual di Malaysia untuk EV menjelang 2030 kerana Malaysia menawarkan salah satu kadar penembusan EV tertinggi untuk produknya di seluruh dunia.
"Malaysia juga telah menyaksikan sejumlah besar pembuat kereta memasuki pasaran yang memberi pengguna lebih banyak pilihan," katanya.
BMI berkata pembuat kereta EV China, BYD (pembuat EV terbesar di dunia) telah memasuki pasaran Malaysia yang menawarkan pilihan EV mampu milik seperti model Dolphin dan model SUV Atto 3 yang popular.
Selain itu, EV komersil juga semakin meningkat dengan kemasukan trak berat komersial Volvo, katanya.
"Menerusi pengangkutan darat sebagai mod pengangkutan barangan yang dominan di negara ini, trak berat elektrik akan menjadi tumpuan terutamanya apabila syarikat melihat untuk meneliti rantaian bekalan mereka untuk pengurangan pelepasan karbon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

BMI percaya permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) akan jauh melebihi permintaan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam tempoh unjuran 2023-2032. - Gambar fail/Astro AWANI

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.

Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.