Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan standard minimum untuk pembayaran mudah alih pada bulan-bulan akan datang untuk meningkatkan perlindungan pengguna.
Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, penyedia pembayaran mudah alih dikehendaki menyatakan ciri-ciri keselamatan utama perkhidmatan mereka, seperti perlindungan dalam aplikasi terhadap perisian hasad dan perlindungan terhadap transaksi yang tidak sah.
"Ini akan memudahkan pengguna untuk membandingkan antara pembekal yang berbeza, dengan itu mempromosikan pemerkasaan pengguna dalam membuat keputusan yang lebih bijak," katanya dalam ucaptama pada Anugerah Kecemerlangan E-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2018 di sini, hari ini.
Beliau berkata, meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap petua keselamatan asas adalah yang paling utama sebagai perlindungan daripada penipuan pembayaran, memandangkan mangsa penipuan biasanya ditipu untuk mendedahkan maklumat sulit yang kemudian diguna untuk melakukan penipuan.
Selain itu, beliau berkata, institusi kewangan juga mesti mengkaji semula dan mengukur keberkesanan inisiatif pendidikan pengguna.
"BNM akan terus bekerjasama dengan industri dalam bidang pendidikan awam dan kesedaran. Kami juga akan bekerjasama dengan penggiat bank dan bukan bank untuk membangunkan mesej promosi umum yang menyediakan 'apa yang boleh dan tidak boleh' untuk transaksi e-pembayaran.
"Ini akan memastikan strategi komunikasi yang lebih kohesif untuk menguatkan kesannya kepada orang ramai," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 11 2018

Beliau berkata, institusi kewangan juga mesti mengkaji semula dan mengukur keberkesanan inisiatif pendidikan pengguna.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

BNM perkenal standard minimum untuk pembayaran mudah alih
Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan standard minimum untuk pembayaran mudah alih pada bulan-bulan akan datang untuk meningkatkan perlindungan pengguna.