BOH Plantations Sdn Bhd menghasilkan teh Palas Supreme yang dicipta khas sempena acara tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2015 di Davos, Switzerland.
Bungkusan edisi terhad diterbangkan khas ke Davos dan disampaikan sebagai hadiah istimewa kepada para peserta semasa majlis makan tengah hari perniagaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd, Caroline Russell berkata bekas teh itu memaparkan imej menarik ladang teh BOH di Cameron Highlands dan jajaran banjaran Alps di Switzerland yang dilitupi salji.
"Kami gembira dapat menyediakan teh terbaik yang ditanam di Malaysia semasa majlis makan tengah hari dan memberi delegasi sebekas teh edisi terhad Palas Supreme sebagai cendera hati.
"Kami juga menyediakan teh ais Pic BOH, teh tarik kurang manis BOH, Cameronian Gold Blend BOH dan teh Mangga Seri Songket BOH kepada semua delegasi," kata Russell.
Beliau berkata Palas Supreme menggunakan daun teh terbaik yang dituai dari kawasan terpilih di Ladang Teh Sungei Palas, bagi memastikan daun yang ringan serta lembut itu memberi rasa yang berbeza dan istimewa.
"Kami berterima kasih kepada penganjur yang memberi peluang untuk berkongsi teh terbaik kami dengan komuniti antarabangsa di WEF. Ia satu penghargaan kepada BOH," katanya.
BOH Plantations merupakan syarikat penanam teh terbesar di Malaysia dengan 1,200 hektar ladang teh.
Bernama
Mon Jan 26 2015
BOH hasil teh Palas Supreme dicipta khas sempena WEF di Davos
Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.
RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.
Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).
Dialog Tiga Penjuru: Jika Trump mahu Gaza siapa yang boleh halang?
Cadangan Trump ambil alih Gaza, gencatan senjata hanya sekadar scam?
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Tujuh rakyat Itali didakwa jadi sasaran perisian pengintip di WhatsApp
Kerajaan Itali memaklumkan tujuh pengguna telefon bimbit di negara itu menjadi sasaran perisian pengintip dan menyifatkan kejadian itu sebagai sangat serius.
AWANI Sabah+: Ekonomi biru jana pendapatan baharu Sabah
Cabang pendapatan menerusi Ekonomi Biru berpotensi menarik pelabur asing demi merancakkan pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
[TERKINI] Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong akan dijalankan pada 11 pagi Jumaat di Hospital Bentong.
Umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang esok - PM
Kabinet akan membincangkan mengenai cadangan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam sebarang upacara termasuk di rumah ibadat bukan Islam.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky'.
Ketua Pesuruhjaya sprm, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sebarang elemen mencurigakan berkaitan perkara tersebut.
Ketua Pesuruhjaya sprm, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sebarang elemen mencurigakan berkaitan perkara tersebut.
Pemberi maklumat kongsi kepada umum jejas proses siasatan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tindakan segelintir pemberi maklumat mendedahkan salah laku mana-mana pihak kepada umum sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.
BOH hasil teh Palas Supreme dicipta khas sempena WEF di Davos
BOH Plantations Sdn Bhd menghasilkan teh Palas Supreme yang dicipta khas sempena acara tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2015 di Davos.