KUALA LUMPUR:Bon kerajaan bagi pinjaman perlu diterbitkan dan dijual kepada Bank Negara Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.
Dr Jomo Kwame Sundaram berkata ini akan membantu meminimumkan kos pinjaman dan perbelanjaan.
"Tidak ada sebab mengapa kita perlu ke luar negara," katanya sambil menambah langkah itu boleh menjejaskan keseluruhan tujuan untuk mengumpulkan wang.
Jomo berkata demikian pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2020 yang dianjurkan Institut Strategik Kingsley bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur pada Isnin.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini berkata kerajaan tidak akan menerbitkan bon mata wang asing dan sebaliknya memilih mengumpul dana dengan meminjam dalam negara menerusi pasaran hutang domestik untuk membiayai usaha bantuan COVID-19.
Setakat ini kerajaan telah melancarkan pakej rangsangan bernilai RM305 billon untuk menyokong ekonomi yang terjejas disebabkan COVID-19.
Sukuk Prihatin, inisiatif kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), terlebih langganan apabila ia ditutup pada 17 Sept, mencatatkan jumlah langganan lebih daripada RM666 juta.
Ini melepasi saiz terbitan sasaran awalnya pada RM500 juta. Berikutan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan yang layak, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan jumlah terbitan sebanyak tambahan RM166 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 12 2020

Dr Jomo Kwame Sundaram, ahli ekonomi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Faridah Merican, A. Samad Said antara tujuh pemenang Anugerah Merdeka 2024
Tujuh individu terbilang diangkat sebagai penerima pengiktirafan berprestij Anugerah Merdeka 2024 atas sumbangan luar biasa kepada negara serta peranan mereka dalam memupuk budaya keunggulan Malaysia.

Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.

Tun M tegaskan akan terus terlibat dalam politik demi negara
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara ini.

Industri solar, biodiesel perlu diperkasakan semula - Prof Jomo
Menurut Jomo, kedua-dua industri ini sekian lama diabaikan dan kini antara yang diperlukan di peringkat antarabangsa.

Laksanakan semula cukai 'durian runtuh' - Pakar ekonomi
Ia sebagai langkah permulaan untuk membawa perubahan kepada sistem percukaian negara sebagai sebahagian daripada agenda reformasi.

PKP: Malaysia wajar ikut jejak Asia Timur, bukan terpengaruh dengan Barat - Prof Jomo
PKP itu adalah satu cara untuk menghadapi wabak yang dilihat tidak tepat dengan apa yang kita nak capai, kata Prof Jomo.

Bon Kerajaan perlu diterbitkan dalam negara - Jomo
Dr Jomo Kwame Sundaram berkata ini akan membantu meminimumkan kos pinjaman dan perbelanjaan.

Skim makanan berkhasiat perlu dilaksanakan di sekolah - Prof Jomo
Skim sarapan dan makan tengah hari yang menghidangkan makanan yang berkhasiat dan penuh mikronutrien perlu dilaksanakan di sekolah seluruh negara, ujar Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Nilai semula ECRL tanpa 'memalukan' China - Prof Dr Jomo
Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menegaskan Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) perlu dinilai semula tanpa 'memalukan' negara China.

ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo
Mengikut perjanjian itu, Malaysia tidak perlu bayar untuk enam tahun pertama, dan itu akan diturunkan pada generasi seterusnya.