KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak lanjutan daripada Kementerian Pertahanan untuk penjagaan kemudahan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM3.5 juta.
Surat anugerah bertarikh 14 Feb itu diberikan kepada anak syarikat milik penuh BHIC iaitu BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES).
Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia semalam, BHIC berkata, tempoh kontrak adalah selama 45 hari.
Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.
"Lanjutan daripada pengumuman bertarikh 18 Mei 2023, syarikat kini mengumumkan bahawa pada 26 Feb 2024, BSES, anak syarikat milik penuh BHIC, telah menerima Surat Anugerah bertarikh 14 Feb 2024 daripada Kementerian Pertahanan Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia, menganugerahkan BSES lanjutan kepada Kontrak Penyelenggaraan Kemudahan Kapal Selam untuk TLDM pada nilai kontrak RM3.5 juta untuk tempoh kontrak selama 45 hari mulai 1 Jan 2024 hingga 14 Feb 2024," kata pemakluman itu.
Menurut BHIC, kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan BHIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Mar 15 2024

Gambar hiasan. - Foto DagangNews.com
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak senggara kemudahan kapal selam TLDM
Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.